Tuesday 24 March 2015

Matrikulasi 2015/2016

Kemaskini maklumat permohonan Matrikulasi sesi 2015/ 2016 secara online. Menerusi makluman rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang mengambil SPM tahun 2014 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2015/2016 akan dibuka mulai 4 Februari 2015 sehingga 25 Februari 2015.
borang matrikulasi

Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online
Tempoh Kemaskini Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
4 Februari 2015 sehingga 25 Februari 2015
Nota Penting: Pemohon Matrikulasi sesi 2015/ 2016 wajib membuat kemaskini maklumat peribadi/ kokurikulum bagi memudahkan urusan proses permohonan. Calon yang gagal melaksanakan kemaskini Matrikulasi boleh menyebabkan permohonan calon terbatal atau gagal diproses.


Sumber: Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online | melvister.com 


Permohonan Program Matrikulasi sesi 2015/ 2016 KPM secara online. Menerusi makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015/ 2016 telah dibuka mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014.
borang matrikulasi
Senarai Program Yang Ditawarkan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
  • Program Matrikulasi Satu Tahun
  • Program Matrikulasi Dua Tahun
Cara Permohonan Borang Online Matrikulasi 2015/ 2016 Online
1. Untuk membuat permohonan sila layari http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/
borang-matrikulasi
Nota Penting: Anda mestilah membeli nombor PIN unik ID di BSN sebelum membuat permohonan online.
Contoh Resit Pembelian Nombor PIN BSN
resit
Harga Nombor PIN BSN Matrikulasi: RM6 Sahaja
Syarat Kelayakan Minimun Kemasukan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2015 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2014.
a) Syarat kelayakan minimum Program Matrikulasi (Satu Tahun):
Jurusan Sains
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Fizik
  • Biologi
Jurusan Perakaunan
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan
Aliran Teknikal
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan
b) Syarat Minimum Program Matrikulasi (Dua Tahun)
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C Kimia
5. D Matematik Tambahan
6. C Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2014. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2015/ 2016
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2015 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2015/ 2016
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan.
Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi 2015/ 2016
Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
Rayuan Matrikulasi 2015/ 2016
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.
Maklumat Lanjut


Sumber: Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 KPM Online | melvister.com 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang