Tuesday 24 March 2015

Pemain Baru JDT 2015, Patricio Rodriguez , Biodata beliau

Biodata Pato Patricio Rodriguez pemain import baru JDT 2015

19:50 Redaksi Admin
Gambar Patricio Rodriguez Pato

Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kini memiliki penyerang import baru bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Jorge Pereyra Díaz
Gambar Patricio Rodriguez Pato Patito
Pemain tersebut adalah Patricio Rodriguez lebih dikenali sebagai Pato atau Patito dari kelab Santos FC
Pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mengikat kontrak Patricio Rodriguez secara pinjaman dan pemain tersebut telah diperkenalkan dalam satu majlis khas di hadapan penyokong setia skuad Harimau Selatan di Stadium Larkin
Patricio Rodriguez sebelum ini pernah beraksi bersama bintang Barcelona, Neymar ketika di Santos, dia akan menyarung jersi nombor 11 bagi pasukan JDT
BIODATA PATRICIO RODRIGUEZ
Berikut adalah biodata atau profil ringkas Patricio Rodriguez penyerang baru pasukan JDT
Nama sebenar/ penuhPatricio Julìan Rodrìguez
Nama lain yang dipanggilPato Rodrìguez, Patito Rodrìguez
Tarikh lahir4 Mei 1990
Umur25 tahun
Negara kelahiranQuilmes, Argentina
Ketinggian1.72 M
KelabSantos FC
PosisiAttacking midfielder dan penyerang
StatusDipinjamkan kepada Johor Darul Ta’zim (sehingga 30hb November 2015)


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/biodata-pato-patricio-rodriguez-pemain-import-baru-jdt-2015.html#ixzz3VSbZqmwH

Siapa Biodata Pato Rodriguez Import Baru JDT
 Thursday, March 05, 2015   0 Comments

JDT telah membuat kenyataan bahawa mereka akan menjual Jorge Pereyra Diaz .  Ketika ini prestasi Diaz berada dalam kedudukan terbaik.  JDT kini boleh menarik nafas lega dengan barisan serangan diperkuatkan  oleh pemain lincah dari Santos ini.  Pato Rodríguez  kita tahu adalah pemain tengah yang sangat lincah,  Beliau bermain dengan Nyemar dalam kelab yang sama.  Pasukan JDT Johor memerlukan penyerang yang boleh menjaringkan gol bukan pemain tengah.   Johor JDT kini memiliki barisan tengah yang boleh dikatakan pemain tengah terbaik di asia tenggara iaitu Shafiq Rahim dan Hariss Harun.  Jadi secara lojiknya Pato akan mengisi posisi serangan.



Kejutan ini telah di maklumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.  Beliau menyatakan Pato adalah aset kepada JDT walaupun hanya sekadar pemain pinjaman sahaja. Baginda berharap akan dapat membeli Pato pada bulan November 2015 nanti. 


Biodata Pato Rodríguez 

twitter Pato

twitter.com/Patito_sfc

Nama beliau adalah Patricio Julián Rodríguez kadangkala dikenali sebagai Pato Rodríguez atau Patito Rodríguez.  Beliau dilahirkan pada 4 May 1990 di Quilmes, Argentina. Pemain ini berketinggian 1.72 m.  Ketika berusia 7 tahun Pato telah menyertai pasukan belia Kelab Atlético Independiente, Argentina.  Pato mula bermain dengan pasukan senior Independiente ketika berusia 17 tahun.  Pada tahun 2012 , Pato telah bermain dengan Santos FC, Brazil.  Pato berkesempatan bermain dalam 20 perlawanan dengan Santos FC dan menjaringkan 2 gol.  Pada tahun 2012 Pato dipinjamkan ke Kelab Estudiantes de La Plata negara asal beliau Argentina.  Sepanjang dalam pinjaman Pato cuma bermain dalam 27 perlawanan dari tahun 2012 -2014 dan menjaringkan 2 gol.

Menurut majalah online Globo Esporte, ia tidak mungkin untuk melihat nama Patito Rodríguez 'dalam senarai skuad untuk musim 2015 kerana dia bukan dalam perancangan jurulatih Enderson Moreira. 

Lembaga kelab Santos menyatakan bahawa gaji bulanannya kira-kira 70.000 € atau Brazilian Real R $ 200,000 atau bersamaan dengan RM 243,393.72 adalah tinggi dan apabila kontraknya berakhir pada bulan Julai 2016, mereka melihat ini sebagai peluang yang baik untuk mendapatkan wang tunai. 

Patito tiba di Santos pada tahun 2012 sebagai perlindungan bagi Neymar yang jauh dengan pasukan Brazil Olimpik. Santos memiliki 50% ekonomi-hak pemain yang menjaringkan hanya 2 gol untuk mereka dalam 44 penampilan.


Lembaga Santos cuba untuk berunding Argentina Patito Rodriguez. Penyerang, 24, yang tidak berada dalam perancangan teknikal Enderson Moreira, jurulatih Santos.  Pato telah diletakkan dalam senarai boleh dijual atau dipindahkan. Jurulatih itu tidak mahu Pato hanya akan menjadi  pemain dalam senarai 28 atlet yang akan menjadi sebahagian daripada pelakon atau pengisi bangku simpanan yang dimasukkan untuk bersaing dalam Kejohanan. Ia dapat dibuktikan dalam latihan bersama yang pertama dipimpin oleh Enderson Moreira musim ini, Patito Rodriguez bukan sebahagian atau pasukan simpanan.

Patito mempunyai kontrak sehingga Julai 2016, dan ahli lembaga melihat ia sebagai peluang yang baik untuk mendapatkan wang tunai. Di samping itu, gaji pemain, iaitu kira-kira Brazilian Real R $ 200,000 atau bersamaan dengan RM 243,393.72, dianggap tinggi oleh lembaga Santos.  Setelah membaca kenyataan Pato faktor yang mendorong beliau ke JDT adalah faktor gaji yang tinggi.  Mungkinkah JDT offer Pato RM300,000. Wow ini merupakan perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh JDT.   Kita harap ini akan memberi impak yang tinggi dalam pembangunan bolasepak negara.  Kehadiran pemain ternama akan dapat meningkat martabat Liga Super kepada dunia.  Tahniah JDT.

Patito tiba di Santos pada bulan Julai 2012. Pada masa dikatakan telah diupah untuk menampung ketiadaan Neymar, yang akan bermain di Sukan Olimpik London dengan pasukan kebangsaan. 

Pada tahun 2013 beliau telah dipinjamkan kepada Estudiantes, Argentina, tetapi tidak berjaya dan kembali ke Alvinegro pada Jun tahun lepas. Pada bulan Oktober 2014, Patito Rodriguez menerima tawaran daripada Johor, Malaysia. Perjanjian itu, bagaimanapun, terhenti, dan pemain yang kekal dalam Vila Belmir. Pada bulan April 2015 ini apabila musim perpindahan Liga Super Malaysia dibuka kita akan menyaksikan Pato bermain untuk JDT.


List Video kehebatan Pato Rodriguez




www.youtube.com/watch?v=S_PvLb7lyi0

www.youtube.com/watch?v=Vm5e7WcJkq4


www.youtube.com/watch?v=NtlvKaMQgGM



Rodriguez aset baharu JDT

JOHOR BAHRU: Pemain kelahiran Argentina, Patricio Rodriguez dijangka mengisi slot kesebelasan utama Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Rodriguez, yang dipinjamkan daripada kelab Santos FC dari Brazil, menggantikan rakan senegara Jorge Pereyra Diaz yang akan menyertai sebuah kelab dari Brazil.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau sangat kagum dengan corak permainan yang dimiliki oleh Rodriguez dan mengikuti perkembangan pemain itu sejak tahun 2013 ketika bermain bersama-sama dengan bintang dunia Brazil, Neymar.
"Ketika itu, kami tidak mampu mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu kerana kekangan kewangan dan pada masa sama perlu berebut dengan pasukan lain dari Eropah yang menagih khidmat pemain ini.

Rodriguez Mahu Bantu JDT Julang Trofi Liga Super 2015

JOHOR BAHARU, 20 Mac (Bernama) -- Pemain muda Argentina, Patricio Rodriguez dijangka mengisi slot kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Rodriguez, yang dipinjamkan daripada kelab Santos FC dari Brazil, menggantikan rakan senegara Jorge Pereyra Diaz yang akan menyertai sebuah kelab dari Brazil.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau sangat kagum dengan corak permainan yang dimiliki oleh Rodriguez dan telah mengikuti perkembangan pemain itu semenjak tahun 2013 ketika bermain bersama-sama dengan bintang dunia Brazil, Neymar.

"Ketika itu, kami tidak mampu mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu kerana kekangan kewangan dan pada masa sama perlu berebut dengan pasukan lain dari Eropah yang menagih khidmat pemain ini.

"Sekarang kami bangga kerana dia merupakan aset kepada JDT," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak dan memperkenalkan pemain itu di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, di sini Jumaat.

Rodriguez dipinjamkan kepada JDT sehingga November ini dan JDT berharap dapat membeli sepenuhnya pemain itu selepas tamat tempoh pinjaman.

Tunku Ismail turut membayangkan akan menamatkan kontrak seorang pemain import JDT yang sedia ada dan menggantikannya dengan seorang pemain import baharu yang bakal tiba di sini pada 26 atau 27 Mac ini.

Tanpa menyebut nama pemain itu, katanya, belia akan berbincang dengan ketua jurulatih Bojan Hodak untuk melihat kesesuaian pemain import yang harus dilepaskan demi mencipta 'sentuhan' kepada JDT.

Menurutnya Hodak akan diberi kebebasan dan kepercayaan untuk memilih pemain bagi memperbaiki masalah penyudahan dalam perlawanan.

Tunku Ismail berkata pemain import gantian itu dijangka dapat diturunkan pada perlawanan Liga Super menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 4 April ini.

Sementara itu, Rodriguez, berkata beliau berharap dapat membantu JDT menjulang trofi Liga Super musim ini.

"Sudah pasti harapan peminat terhadap saya adalah tinggi selepas mempunyai pengalaman beraksi bersama-sama dengan kelab terkemuka seperti Santos FC.

"Bagaimanapun saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu JDT memenangi gelaran Liga Super musim ini," katanya

Rodriguez memulakan karier profesionalnya bersama kelab Argentina, Incdependiente pada 2008 hingga 2012 sebelum menyertai Santos FC dengan yuran perpindahan bernilai 1.6 juta Euro (RM6.38 juta).

Selepas lima perlawanan, JDT menduduki tangga kelima carta Liga Super dengan lapan mata, hasil dua kemenangan, dua seri dan satu kalah.

Felda United menguasai persada liga dengan 11 mata diikuti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sembilan mata.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Nuffnang