Tuesday 19 May 2015

Dato' Fazley Turun 18 Kilogram Dalam Masa Sebulan



dato fazley turun 18 kilogram dalam masa sebulan

 Penyanyi, perunding motivasi dan chef selebriti, Dato' Fazley Yaakob mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya mengawal pengambilan gula dalam makanan.
Semuanya dilakukan dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa bantuan senaman.
"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.
Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," kata Fazley memulakan bicara.
Kerjayanya sebagai chef juga tidak menghalang dirinya untuk mengawal kadar pengambilan gula agar berat badannya turun secara semula jadi.
"Sebagai chef, kadang-kadang saya singgah ke kafe-kafe untuk merasai kek yang dijual bagi mendapatkan inpirasi dan idea baru dalam masakan.
"Saya memesan 10 potong kek untuk saya makan, tetapi setiap potong kek saya hanya merasainya satu sudu sahaja.
"Saya juga sentiasa sibuk dengan kerja, jadi saya tiada masa untuk bersenam. 'Senaman' saya adalah hanya dengan melayan anak-anak bermain di rumah dan menguruskan mereka jika ada masa lapang," ujarnya yang ditemui di majlis pengenalan buffet buka puasa Fish & Co di Pavilion semalam.
Bekerjasama dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut bagi hidangan buffet buka puasa Fish & Co, Fazley menyediakan empat seleksi manisan untuk dinikmati oleh pengunjung restoran tersebut.


"Saya menghasilkan tiga jenis kek dan macaron sebagai seleksi pemanis mulut bagi hidangan buffet Fish & Co tahun ini.
Selain hidangan utama yang lazat dan menyelerakan Fish & Co, pengunjung boleh menikmati pencuci mulut yang dihasilkan dalam citarasa Malaysia tetapi masih mengekalkan elemen French Pastry," katanya lagi.
Untuk informasi lanjut mengenai hidangan buffet buka puasa lazat Fish & Co, layari laman web www.fish-co.com.my atau lakukan carian menerusi hashtag #BukaPuasaFishNCo atau singgah di laman Instagram @FishNCoMy.

Kredit gambar: Instagram @fazleyyaakob, @sukasucre.creatives & @mieranadhirah

Iggy Azalea Baru Lepas Ubahsuai Wajah, Tampil Lebih Kurus


iggy azalea baru lepas ubahsuai wajah tampil lebih kurus

KL, 19 MEI 2015: Penyanyi rap kontroversi ini seringkali dikaitkan dengan aktiviti mencantikkan dirinya menerusi perubahan paras wajah dan bentuk tubuhnya yang dibuat menerusi pembedahan plastik setelah mengakui dakwaan tersebut dalam sebuah temubual bersama Vogue.
Tetapi bagi Iggy Azalea, spekulasi serta tuduhan yang bertebaran di mana-mana sahaja ruangan gossip yang menampilkan dirinya dan buktinya kelihatan jelas pada paras wajahnya di Billboard Awards yang berlangsung minggu lalu.

Perbezaan yang jelas terpancar di wajah penyanyi rap dari Australia itu nyata berbeza kini berbanding wajahnya dahulu ketika menghadiri acara anugerah di Sin City tersebut.

Diberitakan, rahang dan dagu miliknya kini berbeza dan nampak lebih terbentuk. Dia juga kini sudah dilihat kurus dan menggayakan potongan rambut baru.

Jared Leto Pula Menempuh Dugaan Bergelar Joker Dalam Suicide Squad

PM Luxembourg Berkahwin Dengan Pasangan Sejenis


pm luxembourg berkahwin dengan pasangan sejenis


Sumber: AFP

KUALA LUMPUR 18 MEI 2015: Perdana Menteri Luxemborg, Xavier Bettel berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Gauthier Destenay, seorang arkitek berasal dari Belgium.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di ibu negara yang turut dihadiri Perdana Menteri Belgium dan isteri.

Selain menjadi pemimpin Kesatuan Eropah, EU yang pertama berkahwin dengan pasangan gaynya, Bettel adalah pemimpin kedua di dunia selepas Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir yang mengahwini pasangan sejenis pada 2010.

Beliau yang memegang jawatan itu sejak 4 Disember 2013 merupakan bekas Datuk Bandar Luxemborg City berumur 42 tahun, juga bekas peguam.

Undang-undang perkahwinan sejenis di negara itu telah di luluskan oleh Dewan Parlimen pada 1 Januari 2015 selepas mula dibentangkan pada Jun 2014, apabila beliau sendiri memperjuangkan hak asasi golongan LGBT.

Destenay melamar Bettel pada Ogos 2014 setelah menjalinkan hubungan hampir 5 tahun.

Bagaimanapun majlis perkahwinan Perdana Menteri di negara dengan populasi 550,000 penduduk itu tidak membenarkan pihak media membuat liputan sepanjang majlis itu berlangsung.

Luxemborg bersempadan dengan Jerman, Belgium dan Perancis.

Gaya Hijab Pasu Bunga Dihentam, Melly Goeslaw Jawab Kritikan


gaya hijab pasu bunga dihentam melly goeslaw jawab kritikan

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2015: Penyanyi dan komposer ternama indonesia, Melly Goeslaw telah tampil dengan imej baru dengan mengenakan hijab bermula tahun lalu. Semakin ayu selepas memakai tudung, Melly sering tampil dengan gaya hijab tersendiri.

Namun begitu, penampilan hijab Melly dihentam ramai peminat baru-baru ini. Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik Melly di laman Instagram miliknya pada minggu lalu, Melly mengenakan hijab dengan gaya yang sedikit pelik.

Menerusi gambar tersebut, ramai peminat meninggalkan komen negatif terhadap bentuk hijab yang digayakan oleh Melly. Ada juga yang berfikiran positif dan menganggap gaya hijab tersebut hanya digayakan untuk sesi fotografi sahaja. Lebih teruk lagi, ada antara peminat yang menggelarkan gaya hijab yang dipakai oleh Melly merupakan gaya hijab pasu bunga.

Menjawab kritikan dan hentaman peminat, Melly memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang berbunyi:

"Saya bukan wanita berhijab, saya hanya wanita yang sangat bahagia menutup bahagian-bahagian tubuh saya yang sebaiknya ditutup dan belum memenuhi syarat-syarat seperti wanita berhijab.

Saya senang menutup rambut dan leher saya dengan kain atau bahan-bahan lain yang lazim mahupun tak lazim dipakai di rambut. Jika wanita berhijab adalah wanita yang paling dianggap betul dalam banyak hal, maka itu masih jauh dari diri saya.

Saya hanyalah manusia yang masih harus belajar, masih harus menyimak, masih harus membenahi diri dari banyak hal. Tapi saya bahagia dengan keadaan dimana saya merasa masih kurang tau dibanding yang lain. Sehingga harapan itu terus ada.

Harapan dimana kelak saya bisa menjadi wanita shalehah yang bisa berhijab, berjilbab, tidak menyanyi, tidak main sinetron, tidak menjadi juri, tidak mengikuti lomba apapun, tidak membiarkan dirinya di lihat org lain di TV ataupun di media lain yang mana bisa saja mengundang fitnah dan maksiat, tidak main filem, tidak main media sosial, hanya melakukan hal-hal yang seperti dilakukan isteri-isteri Rasul.

Hingga akhirnya saya faham bahawa wanita muslimah itu tidak berhenti pada pemahaman bahawa hijab itu tidak boleh lebih tinggi dari punduk unta, tapi masih banyak tatanan yang tidak boleh dilanggar dan saya belum mampu menjadi demikian. Saya cuma seorang wanita, isteri, ibu dan kawan yang masih belum pantas di bilang wanita berhijab.

Jadi tak perlu buang waktu untuk menilai diri saya, lebih baik mengganti pic profil dengan foto yang lebih tepat untuk seorang penghujat, soalnya lucu kalau fotonya berhijab tapi bahasanya kasar.. Hehe..

Terus buat negara tetangga, nggak ada artis ya disana? Sampe harus kasih komen-komen sama artis negara orang. Kalau nggak suka ya jangan follow dong, nggak suka tapi kok ngintip-ngintip," kata Melly panjang lebar.

Racun ibu kerana iPhone


racun-ibu-kerana-iphone
KANADA, (MLP) - Hanya kerana sebuah iPhone, seorang anak sanggup bertindak keterlaluan apabila hampir membunuh ibunya sendiri.

Remaja berusia 12 tahun dikatakan berang dengan tindakan ibunya menyimpan iPhone miliknya, lalu bertindak mencampurkan bahan peluntur ke dalam minuman waktu sarapan yang disediakan untuk ibunya.

Biarpun sedar akan bau bahan peluntur itu, namun si ibu beranggapan mungkin anaknya tidak membasuh gelas dengan betul.

Akibatnya wanita yang dirahsiakan identiti itu terpaksa dirawat di sebuah hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.

Namun empat hari kemudian, remaja itu melakukannya sekali lagi dan kali ini, bau yang sama membuatkan ibunya merasa curiga.

Ibunya membuat laporan polis dan penahanan terhadap remaja itu dilakukan setelah mendapati kesemua bukti mencukupi.

Gadis itu ditempatkan pusat tahanan juvana sementara menunggu untuk didakwa kerana cubaan membunuh.

Anak diculik untuk paksa ibu berkahwin


anak-diculik-untuk-paksa-ibu-berkahwin
NEW DELHI, (MLP) - Seorang lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana telah menculik seorang gadis berusia 6 tahun dalam cubaan memaksa ibu gadis tersebut untuk mengahwininya.
Pihak polis berkata lelaki itu, Jitender Kumar,32, ditangkap di pusat bandaraya Delhi di mana dia telah menyembunyikan gadis itu sebagai tawanan. Dia telah mengancam ibu mangsa yang dia akan membunuh anaknya jika dia enggan memberi persetujuan untuk berkahwin.
Ibu mangsa telah bercerai beberapa bulan yang lepas dan tinggal berseorangan dengan anak perempuannya. Jitender and wanita itu telah bertemu melalui seorang jiran dan dia telah menolak pinangan Jitender dari permulaannya.
Pada hari Rabu, 20 Januari 2015, wanita itu telah pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya tetapi diberitahu dia telah pulang. Dia dengan serta-merta telah memberi aduan polis terhadap Jitender kerana telah menculik and memeras ugutnya. Kes ini masih dalam siasatan dan akan diteruskan di mahkamah tempatan. 


Kredit Foto: Baruch

Tetamu terkejut besar, pengantin lelaki bawa tandas sebagai hantaran


tetamu-terkejut-besar-pengantin-lelaki-bawa-tandas-sebagai-hantaran
Tandas yang dilengkapi dengan tangki, singki dan cermin setinggi 30 sm antara yang dituntut sebagai hantaran sebuah perkahwinan oleh keluarga pengantin perempuan hanya kerana rumah bakal suaminya tidak mempunyai kemudahan tandas yang lengkap.

Semuanya bermula beberapa minggu lalu, apabila ketika penetapan perkahwinan untuk seorang gadis dari Akola dengan pengantin lelaki Devendra Makhode dari Yavatmal, pengantin perempuan itu cemas apabila mendapati rumah bakal suaminya itu tidak mempunyai tandas dan mereka dikatakan akan membuang air kecil dan besar di kawasan terbuka.

"Saya hanya mendapat tahu perkara ini selepas keluarga saya memuktamadkan perkahwinan itu. Saya kemudian telah membincangkan isu ini dengan ibu bapa dan adik beradik saya secara terperinci," jelas Chaitali dipetik dari laporan The Times of India.

Anak petani itu kemudian membuat permintaan sebuah tandas yang lengkap daripada ibubapanya sebagai hantara perkahwinan.

"Saya tidak berminat dengan televisyen, peti sejuk  atau barang kemas sebagai hantaran perkahwinan. Saya hanya mahu sebuah tandas yang lengkap untuk diguna di rumah bakal suami saya,” kata pengantin perempuan itu.

Pada mulanya, bapa pengantin perempuan itu, Dilip Galakhe menolak permintaan anaknya kerana dia mendapati permintaan itu tidak masuk akal.

Tetapi, Dilip kemudian menunaikan permintaan anaknya demi kebahagian Chaitali.

Difahamkan, tetamu yang hadir untuk perkahwinan mereka terkejut besar melihat tandas buatan yang dibawa sebagai hantaran perkahwinan semasa majlis itu.

Sementara itu, tindakan wanita itu telah berjaya menarik perhatian rakyat negara India sehingga dia diberi  ganjaran wang tunai sebanyak Rs10 juta (RM56,000) oleh sebuah NGO atas pendiriannya mengenai isu kebersihan.

Difahamkan, kempen 'Swachch Bharat', yang menekankan kepentingan sanitasi kini sedang dijalankan di negara itu.

Kelantan turun dengan misi pertahankan maruah negara


kelantan-turun-dengan-misi-pertahankan-maruah-negara
Lions XII selangkah lagi untuk cipta sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama, namun lawan mereka di final Sabtu ini, Kelantan akan turun mempertahankan maruah bola sepak negara.
Sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, Lions XII pasukan jemputan pertama layak ke final.

Apa yang menarik, skuad kendalian Fandi Ahmad hanya perlukan 4 tahun untuk setaraf dengan pasukan elit Liga Malaysia.

Lions sebenarnya hampir membuat kejutan yang sama pada pembabitan awal mereka dalam kejohanan kalah mati ini. Namun cabaran mereka pada tahun 2012 ditamatkan Terengganu di peringkat suku akhir.

Selepas 3 tahun, Lions bangkit memastikan slot final edisi ini menjadi milik mereka dengan Terengganu pula tepaksa berputih mata dalam aksi penuh dramatik peringkat separuh akhir.

Jelas, kemaraan itu menjadi motivasi terbaik dalam mencatat satu lagi sejarah dalam menjulang Piala FA buat kali pertama. Apapun aksi di peringkat final bukan tugas mudah.

Bakal berdepan juara dua kali Kelantan sudah pasti menjadi cabaran paling berat buat lions, lebih-lebih lagi skuad dari pantai timur ini dijangka menerima sokongan padu seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Mereka akan turun menghalang Piala FA dibawa ke sebarang tambak dan sudah tentu, Kelantan diharap dapat menyelamatkan maruah bola sepak negara.

Tumbangnya juara bertahan Pahang di Kota Bharu cukup untuk membuktikan betapa Kelantan dalam prestasi terbaik musim ini. Kebangkitan Kelantan juga menjurus kepada kebijaksanaan pengendali baru Azraai Khor Abdullah yang cukup berpengalaman dalam merencana percaturan khususnya dalam saingan bukan liga.

Kelantan menundukan juara bertahan Pahang dengan agregat 3-2 di separuh akhir untuk mara ke final. Meskipun tewas 3-2, Lions XII mara menerusi agregat 4-4 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Dalam rekod pertemuan kelantan dan Lions, skuad The red Warriors memenangi enam daripada tujuh pertemuan ke atas wakil singapura itu. Kali terakhir bertemu pada 15 Februari 2015 di pentas Liga Super , kemenangan memihak kepada Kelantan dengan keputusan 2-0. 

Nuffnang