Sunday 17 May 2015

Atkins diet tidak sesuai untuk aku

Hari Jumaat, masa lunch hour aku agak panjang berbanding hari-hari lain. So terasa macam kerja goverment pulak. Selalunya aku akan pergi ke mall yang berdekatan dengan office aku. Jalan-jalan cuci mata dan window shopping. Sejak Kak Fadz teman paling rapat dengan aku dulu resign, aku lebih selesa lunch sorang-sorang. Kadang-kadang ada jugak aku lunch dengan manager, supervisor dan kawan-kawan dari department lain tapi tak keraplah.

Selalunya aku ke Setia City Mall. Tapi hari ni aku ke AEON Bukit Raja. Saja tukar angin. Selepas window shopping, macam biasa aku pun cari tempat makan. Pada hal perut tak lapar tapi aku tetap jugak nak makan sebab aku takut nanti petang-petang perut berbunyi minta di isi. Tengah aku makan sorang-sorang tu, fikiran aku melayang-layang fikirkan pasal macam mana nak kuruskan badan kalau aku asyik nak makan dan tak control apa yang aku makan. Aku kalau sorang-sorang memang macam ni suka berangan fikiran melayang-layang. Kalau orang tegur pun agaknya tak perasan. Hahaha.
Ok aku pernah bagitahu kan yang aku mengamalkan Atkins diet? Aku pernah tulis pasal entri Atkins diet beberapa bulan lepas. Ok aku nak cerita sikit. Masa tu memang aku serius amalkan Atkins diet. Aku bertahan beberapa bulan. Tak silap aku dalam lebih kurang almost 4 bulan kot. Masa tu hati kental beb tak ambil sebarang makanan dari jenis carbo walaupun nasi.
Sampaikan satu tahap, aku macam teringin sangat nak makan nasi. So aku pun ambil keputusan menjamah 4,5 suap nasi. Selepas tu, aku kan pergi bercuti ke Sarawak. So aku rasa rugi kot nak diet-diet bagai kalau pergi melawat negeri orang. Mestilah nak rasa macam-macam masakan orang Sarawak. So aku pun ambil keputusan bedal je apa-apa menu yang menarik perhatian aku sepanjang aku berada di Sarawak tu. Sampailah dah balik KL, dan kebetulan bulan lepas aku banyak buat kerja luar dan jarang masuk office, nafsu makan aku terhadap makanan segera macam makin menjadi-jadi. Selalunya bila aku kerja luar aku memang ambil jalan mudah memilih makanan segera. Bermulalah dari episod itu, aku terasa macam aku dah tak boleh nak teruskan Atkins diet. Mulalah diet aku ke laut. Hahaha.
Masa tu aku takut sangat nak timbang berat aku. Aku dapat agak berat aku mesti naik. Oh ye lupa nak bagitahu, masa aku mengamalkan Atkins diet secara serius tu berat aku turun dalam 6kg - 7kg. Memang terasa sedikit ringan badan aku. Sebab selain Atkins diet aku buat senaman ringan tiap-tiap malam. Ok berbalik kepada cerita aku takut nak timbang berat tu, satu hari aku beranikan diri menimbang berat aku. Sekali bila timbang naik lebih kurang 2kg. Rasa macam dah lemah semangat aku time tu. Tapi salahkan diri-sendiri sebab makan tak agak-agak.
Sebenarnya aku rasa aku tak sesuai dengan cara mengamalkan Atkins diet. Ini aku cakap untuk diri aku. Sebab aku susahlah kalau langsung tak boleh ambil sebarang carbo atau kurangkan pengambilan carbo. Menu yang aku makan tu akan buatkan aku cepat bosan. Aku tak ada masalah bab untuk skip atau kurangkan pengambilan nasi sebabnya aku bukan penggemar nasi sebaliknya aku suka sangat menu jenis mee atau bihun. Aku suka mee hailam, bihun sup, mee kari dan apa-apalah asalkan dari jenis mee atau bihun. Tapi mee dan mihun jugak adalah carbo. Jadi dari situlah aku cepat bosan sebab tak boleh nak makan mee atau bihun.
Dan sekarang ni, aku cuba bertukar mengamalkan diet yang lebih natural dan simple. Makan makanan yang seimbang dan kurangkan kuantiti makanan contohnya. Aku rasa aku lebih sesuai dengan cara begini. Nasi macam biasa aku memang kurang ambil nasi. Tapi aku gantikan dengan mee atau bihun dalam kuantiti yang sederhana. Jadi aku rasa lebih seronok dan relaks bila berdiet cara begini. Teringin jugak nak cuba produk kurus yang tengah hot kat pasaran sekarang. Tapi nanti-nanti dululah. Aku nak cuba dulu diet cara natural. Kalau terbuka hati nanti bolehlah aku cuba produk kurus tu. Sekarang ni tak terbuka hati lagi.
Ok kat bawah ni gambar aku sebelum diet kembang semangkuk dan gambar selepas aku mengamalkan Atkins diet beberapa bulan lepas. Sebenarnya taklah nampak ketara sangat tapi ada sikitlah perubahan tu. Sekarang ni mari kita mulakan diet cara baru pulak dan kita tengok hasilnya nanti ye. Aku berharap aku lebih kental dalam program diet aku kali ni. InsyaAllah
Gambar (1) : Ni gambar masa aku bercuti ke Melaka tahun lepas. Masa ni memang aku tak diet pun. Tengoklah lemak sana sini tersembul. Sebenarnya malu nak letak gambar ni tapi aku letaklah jugak untuk dijadikan perbezaan dengan gambar sekarang. Aku pun macam tak sangka dulu aku gemuk berisi macam ni. Rasa nak lari sorok muka bawah meja bila tengok gambar ni
Gambar (2) : Ni gambar terbaru aku masa bercuti ke Sarawak bulan lepas. Masih gemuk dan berlemak sana sini cuma bentuk badan tu lebih fit sikit. Jadi untuk menampakkan lebih kurus marilah kita berdiet secara berhemah. Ayuh. Perghhh ayat kemain lagi kau Nurul. Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang