Sunday 17 May 2015

Diet Tetapi Berat Susah Turun Statik dan Naik Mendadak. Kenapa?

Ramai orang dan termasuk diri saya sendiri mengalami masalah bila diet atkins iaitu berat susah turun dan berat turun kemudian statik. Kenapa boleh jadi macam itu? Sedangkan diet clean, betul-betul dah follow induction diet atkins. Ini diet atkins tak berkesan ! Eh, sabar abang, kakak, adik. Cuba lihat dulu macam mana gaya hidup anda sebelum buat kenyataan.
Berdasarkan hasil kajian saya sendiri iaitu saya timbang dan saya lihat bagaimana dengan gaya hidup A (dua minggu) dan B (dua minggu) dan C (1 minggu). Iaitu total masa yang saya perlukan untuk buat artikel ini adalah 1 bulan 1 minggu.
GAYA HIDUP A iaitu Berat susah turun walaupun diet Atkins
Berat Susah Turun
Ramai orang bila sebut diet atkins dalam fikiran mereka adalah “OK, Diet tak makan nasi dan Roti. Yang lain semua boleh makan“. Kemudian saya Diet Atkins dan “minum air cuma sehari 1.5liter mana boleh minum banyak nanti muntah, meloya” dan “Saya setiap hari stress dengan kerja. Tidur pula tak tentu. Sehari kira-kira 3 – 4jam je tidur”. Kenapa berat susah turun? Apa yang tidak kena dengan GAYA HIDUP A saya.
Kesilapan Gaya Hidup A
  • Tidak faham Apa Itu Diet Atkins
  • Air yang tidak mencukupi
  • Tidur yang tidak teratur
  • Gaya hidup yang stress
Apa Yang Perlu Diubah oleh Gaya Hidup A
  • Jika mahu diet atkins anda perlu faham betul-betul apa itu diet atkins dan macam mana nak buat. Boleh rujuk artikel di bahagian Diet Atkins. Jika sudah baca dan tak jelas maka bolehlah anda hubungi saya bertanya. Atau jenis banyak duit nak mudah nak senang anda boleh beli ebook berbahasa melayu iaitu boleh ebook atkins.
  • Nak diet, air perlu cukup. Macam mana nak tahu cukup ke tak? Sila rujuk Berapa banyak air perlu sehari
  • Tidur adalah amat penting untuk kesihatan dan mengurangkan berat badan. Jika anda kurang tidur membuatkan anda makan lebih banyak dan mempengaruhi berat badan iaitu berat susah turun dan bertambah.
  • Elakkan gaya hidup stress. Cuba untuk tenang dalam semua keadaan.
    Gaya hidup yang stress boleh memberi kesan negatif terhadap hormon, membuat anda lapar dan mencegah anda daripada kehilangan berat badan.
GAYA HIDUP B iaitu Berat turun dan statik walaupun sudah sebulan
Berat Statik
Saya pengamal diet atkins sudah dua bulan. Kenapa masa mula-mula diet atkins berat turun kemain laju. Iaitu sebulan pertama 10kg. Kemudian sebulan lepas tu berat saya statik je. Makan rasanya sama je clean diet cuma ada gula sikit. Kemudian workout saya tak buat sebab tiada masa.
Kesilapan Gaya Hidup B
  • Makan/Minum Gula
  • Tidak workout/senaman
  • Tidak tahu defisit kalori
Apa Yang Perlu Diubah oleh Gaya Hidup A
  • Cuba kaji semula berapa banyak karbohidrat anda boleh tengok di rujukan menu diet atkins 
  • Tolong jangan cheat walaupun sikit. Kerana itu mempengaruhi berat anda.
  • Abang, Kakak ingat Pemakanan cuma 80% dan workout adalah 20%. Jadi bawa-bawalah workout ye. InshaAllah mulakan dengan cardio, intervel, atau jogging kalau rasa belum mampu boleh walking sehari 3km atau lebih. Ini membantu berat statik anda untuk turun. InshaAllah
  • Disini sudah perlu bermula untuk anda lihat berapa banyak kalori anda masuk. (Saya pasti ramai tak setuju tetapi ini adalah pandangan saya)
GAYA HIDUP C iaitu Berat turun dan Naik mendadak.
Berat Naik Mendadak
Saya berjaya turunkan berat badan 15kg dalam masa dua bulan. Saya diet clean, saya workout tapi seminggu hari tu saya outstation dan bekerja di luar kawasan. Saya tak boleh diet maka saya cheatlah dalam masa seminggu. Makan kek, makan nasi, makan semua yang mana gaya hidup lama saya masa berat 100kg. Kenapa berat saya memula turun dan sekarang naik mendadak 5kg pula itu.
Kesilapan Gaya Hidup C
  • Cheat
  • Berat 85 kg tetapi gaya makan macam 100kg
Apa Yang Perlu Diubah oleh Gaya Hidup C
  • Jangan cheat selagi belum capai berat badan ideal
  • Jika berat 85kg tolong hidup gaya hidup 85kg bukan 100kg
Pengajaran Daripada Gaya Hidup A, B dan C
Gaya Hidup A, B dan C adalah bukan reka-rekaan semata tetapi apa yang saya buat berdasarkan pengalaman saya. Jika anda nak berdiet Atkins apa yang perlu anda buat adalah anda perlu Disiplin, Tukar Cara Berfikir, Tekad, Usaha dan yang paling penting Doa Untuk Kurus. Silakan baca juga di Diet Atkins Berbahaya dan Diet Atkins sudah menjadi fenomena.
p/s : Bermanfaat? Sila tekan butang share.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang