Monday 18 May 2015

#HidupkuSolatkuMatiku dapat Memberi mesej kpd penonton




Korang tengok tak telemovie #HidupkuSolatkuMatiku tayangan pada malam Sabtu lalu? Apa pendapat penonton semua akan telemovie yang sarat dengan teladan dan pengajaran itu?
Menarik kan? Bahkan telemovie ini mampu menjadi trending di Malaysia, nombor 1 tepat jam 12.18 malam Sabtu itu juga kot. Memang tidak hairanlah kerana telemovie ini berjaya menyampaikan mesej yang tersedia terus ke para penonton.
#HidupkuSolatkuMatiku Berjaya Sampaikan Mesej Berguna Kepada Penonton!
Jalan cerita arahan Raja Ahmad Alauddin ini mendapat komen-komen positif netizen malah membuatkan ramai di antara mereka menitiskan air mata. Tapi tak pasal-pasal Sharnaaz Ahmad dipersalahkan kerana lakonannya yang sempoi dan menjadinya itu, ahaks!
#HidupkuSolatkuMatiku Berjaya Sampaikan Mesej Berguna Kepada Penonton!
Keberkesanan dan penghayatan watak oleh para pelakon seperti Puteri Balqis, Sharnaaz Ahmad dan Fasha Sandha sebagai peneraju utama telah membuatkan para penonton tidak berganjak daripada #HidupkuSolatkuMatiku.
Tambahan lagi, babak terakhir #HidupkuSolatkuMatiku benar-benar meninggalkan kesan yang menusuk kalbu buat para penonton sekalian. Memang tak tipu sekeras-keras manusia pun gugur juga air matanya menonton telemovie hebat ini.
#HidupkuSolatkuMatiku Berjaya Sampaikan Mesej Berguna Kepada Penonton!
Gambar para pelakon yang menjayakan #HidupkuSolatkuMatiku.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang