Tuesday 19 May 2015

Racun ibu kerana iPhone


racun-ibu-kerana-iphone
KANADA, (MLP) - Hanya kerana sebuah iPhone, seorang anak sanggup bertindak keterlaluan apabila hampir membunuh ibunya sendiri.

Remaja berusia 12 tahun dikatakan berang dengan tindakan ibunya menyimpan iPhone miliknya, lalu bertindak mencampurkan bahan peluntur ke dalam minuman waktu sarapan yang disediakan untuk ibunya.

Biarpun sedar akan bau bahan peluntur itu, namun si ibu beranggapan mungkin anaknya tidak membasuh gelas dengan betul.

Akibatnya wanita yang dirahsiakan identiti itu terpaksa dirawat di sebuah hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.

Namun empat hari kemudian, remaja itu melakukannya sekali lagi dan kali ini, bau yang sama membuatkan ibunya merasa curiga.

Ibunya membuat laporan polis dan penahanan terhadap remaja itu dilakukan setelah mendapati kesemua bukti mencukupi.

Gadis itu ditempatkan pusat tahanan juvana sementara menunggu untuk didakwa kerana cubaan membunuh.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang