Tuesday 19 May 2015

Kelantan turun dengan misi pertahankan maruah negara


kelantan-turun-dengan-misi-pertahankan-maruah-negara
Lions XII selangkah lagi untuk cipta sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama, namun lawan mereka di final Sabtu ini, Kelantan akan turun mempertahankan maruah bola sepak negara.
Sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, Lions XII pasukan jemputan pertama layak ke final.

Apa yang menarik, skuad kendalian Fandi Ahmad hanya perlukan 4 tahun untuk setaraf dengan pasukan elit Liga Malaysia.

Lions sebenarnya hampir membuat kejutan yang sama pada pembabitan awal mereka dalam kejohanan kalah mati ini. Namun cabaran mereka pada tahun 2012 ditamatkan Terengganu di peringkat suku akhir.

Selepas 3 tahun, Lions bangkit memastikan slot final edisi ini menjadi milik mereka dengan Terengganu pula tepaksa berputih mata dalam aksi penuh dramatik peringkat separuh akhir.

Jelas, kemaraan itu menjadi motivasi terbaik dalam mencatat satu lagi sejarah dalam menjulang Piala FA buat kali pertama. Apapun aksi di peringkat final bukan tugas mudah.

Bakal berdepan juara dua kali Kelantan sudah pasti menjadi cabaran paling berat buat lions, lebih-lebih lagi skuad dari pantai timur ini dijangka menerima sokongan padu seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Mereka akan turun menghalang Piala FA dibawa ke sebarang tambak dan sudah tentu, Kelantan diharap dapat menyelamatkan maruah bola sepak negara.

Tumbangnya juara bertahan Pahang di Kota Bharu cukup untuk membuktikan betapa Kelantan dalam prestasi terbaik musim ini. Kebangkitan Kelantan juga menjurus kepada kebijaksanaan pengendali baru Azraai Khor Abdullah yang cukup berpengalaman dalam merencana percaturan khususnya dalam saingan bukan liga.

Kelantan menundukan juara bertahan Pahang dengan agregat 3-2 di separuh akhir untuk mara ke final. Meskipun tewas 3-2, Lions XII mara menerusi agregat 4-4 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Dalam rekod pertemuan kelantan dan Lions, skuad The red Warriors memenangi enam daripada tujuh pertemuan ke atas wakil singapura itu. Kali terakhir bertemu pada 15 Februari 2015 di pentas Liga Super , kemenangan memihak kepada Kelantan dengan keputusan 2-0. 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang