Peserta yang menampilkan konsep shadow dance group yang
berasal dari Filipina, El Gamma Penumbra dimahkotakan sebagai
penyandang pertama gelaran Asia's Got Talent. Menerusi episod akhir
program realiti yang disiarkan di saluran AXN (Astro 701) bermula pada
pukul 8.05 malam semalam, El Gamma telah menewaskan kumpulan asal
Mongolia, Khusugtun.
Dengan kejayaan itu, El Gamma telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM356,810.00 (USD100,000) dan berpeluang untuk membuat persembahan di Marina Bay Sands, Singapura.
Selain Khusugtun dan El Gamma, peserta lain yang berentap di episod akhir Asia's Got Talent adalah The Talento (Thailand), Gao Lin dan Liu Xin (China), Dance Thrilogy (Singapura), Junior New System (Filipina), Gwyneth Dorado (Filipina), Triqstar (Jepun) dan Gerphil Geraldine Flores (Filipina).
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan dari sensasi pop Filipina yang menempa nama di Hollywood, Charice dan pemenang Australia's Got Talent, Constantino.
Penonton juga turut dihiburkan dengan persembahan khas dari empat orang juri Asia's Got Talent, komposer dan penerbit muzik terkenal David Foster, ahli kumpulan Spice Girl, Melanie C, penyanyi terkemuka Anggun Cipta Sasmi dan pelakon terkenal, Van Ness Wu. Mereka mempersembahkan lagu yang bertajuk Let's Groove dengan nafas baharu, nyanyian asal kumpulan Earth, Wind & Fire.
No comments:
Post a Comment