Monday 11 May 2015

Kisah Budak 10 Tahun Yang Berjaya Dalam Perniagaannya


Kini kita dapat melihat begitu ramai kanak-kanak lebih dewasa berbanding dengan usianya. Itu yang terjadi pada budak lelaki yang masih berumur 10 tahun ini sudah menjadi CEO di syarikat biskut miliknya!

Cory Nieves adalah Ketua Pegawai Eksekutif  Mr Cory 's Cookies yang bermula pada 2009  dengan menjual koko panas, biskut dan air limau yang di jual di depan rumahnya, di New Jersey. Dibantu oleh ibunya, Cory membuat biskut dirumahnya. Melalui hobi membuat biskut, ia mula membuka syarikat Mr Cory 's Cookies dan telah berjaya dikenali ramai orang. 

Beliau seringkali mengenakan jas dengan kemeja yang dilengkapi dengan tali leher. Dengan nama Mr Cory 's Cookies, Cory sudah mempunyai banyak peminat melalui akaun Instagramnya! 

Ketika ditanya apa kunci kejayaan, ia berkata "Persembahan adalah kunci untuk berjaya," ujar Cory kepada HuffingtonPost. Wah, di umur yang masih muda Cory sudah berjaya dalam perniagaan biskutnya! 



ShareThis Copy and Paste

No comments:

Post a Comment

Nuffnang