Wednesday 13 May 2015

7 Perkara Yang Membatalkan Puasa


Tujuh perkara yang membatalkan puasa, seperti berikut:
1. Jimak (persetubuhan)
2. Onani
3. Makan dan minum
4. Apa-apa yang dianggap sama dengan makan dan minum
5. Mengeluarkan darah seperti berbekam dan sepertinya
6. Muntah dengan sengaja
7. Haid dan Nifas

Perkara pertama yang membatalkan puasa ialah: persetubuhan.
Ini adalah perkara yang paling besar dan paling berdosa antara perkara-perkara yang membatalkan puasa. Barangsiapa yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadan dengan sengaja dan dengan kehendak dia sendiri, di mana dua kemaluan bertemu dan hujung kemaluan lelaki memasuki antara dua tempat masuk, telah membatalkan puasanya, sama ada dia mengeluarkan air mania tau tidak. Wajib baginya bertaubat, sempurnakan hari tersebut (i.e. tidak makan dan minum sehinggalah terbenam matahari), ganti puasa tersebut dan membayar denda.
Buktinya adalah sebuah hadis daripada Abu Hurayrah radiyallahu anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama dan berkata, “Binasalah aku, wahai Rasulullah!” Baginda berkata, “Kenapa kamu akan binasa?” Beliau menjawab, “Aku telah bersetubuh dengan isteriku (di siang hari) dalam Ramadan.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu membebaskan seorang hamba?” Beliau menjawab, “Tidak.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Beliau menjawab, “Tidak.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” Beliau menjawab, “Tidak.”…. HR al-Bukhari 1936; Muslim 1111.
Tiada denda bagi pembatal-pembatal puasa melainkan bersetubuh.
Perkara kedua daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah onani.
Ini bermakna mengeluarkan air mani atau klimaks dengan menggunakan tangan etc.
Dalil bahawa onani adalah daripada salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah firman Allah dalam hadis Qudsi di mana Dia berkata mengenai orang yang berpuasa: “Dia meninggalkan makan dan minum dan syahwatnya demiKu.” HR al-Bukhari 1894; Muslim 1151. Onani berada di bawah syahwat di mana seorang yang berpuasa berlepas diri daripadanya.
Barangsiapa yang beronani di siang hari dalam bulan Ramadan wajib bertaubat kepada Allah dan menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari, dan perlu menggantikan puasa tersebut pada hari lain.
Jikalau dia mula beronani dan berhenti sebelum terkeluarnya air mani, perlunya dia bertaubat, tetapi puasanya tetap sah dan dia tidak perlu menggantikannya kerana dia tidak mengeluarkan air mani.
Seorang yang berpuasa sepatutnya menjauhkan dirinya daripada segala yang akan menaikkan syahwatnya dan menjauhkan dirinya daripada fikiran-fikiran yang buruk. Mengenai terkeluarnya air madzi, pandangan yang paling tepat adalah ia tidak membatalkan puasa.
Perkara ketiga yang membatalkan puasa adalah makan dan minum.
Ini merujuk kepada makanan dan minuman yang memasuki perut melalui mulut. Apa-apa yang memasuki perut melalui hidung, ini adalah seperti makan dan minum. Maka, Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama berkata: “Masukkanlah air ke dalam hidung sedalam-dalamnya kecuali tatkala kamu sedang berpuasa.” HR al-Tirmidhi, 788.
Jikalau air masuk ke dalam perut melalui hidung tidak membatalkan puasa, pasti Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama tidak akan memberitahu mengenai orang yang sedang berpuasa untuk tidak memasukkan air ke dalam hidung sedalam-dalamnya.
Perkara keempat daripada perkara yang membatalkan puasa adalah apa-apa yang dianggap di bawah perkara yang sama seperti makan dan minum.
Ini termasuk dua perkara:
1. Pemindahan darah kepada yang sedang berpuasa – contohnya jikalau dia mempunyai pendarahan yang banyak dan diberikan darah. Ini membatalkan puasa kerana darah terbentuk daripada makanan dan minuman.

2. Menerima melalui jarum (drip) bahan yang memberikan khasiat yang menggantikan makanan dan minuman, kerana ia sama seperti makanan dan minuman. Shayikh Ibn Uthaymeen, Majaalis Shahr Ramadan, ms.70.
Mengenai suntikan-suntikan yang tidak menggantikan makanan dan minuman, bahkan ia diberikan untuk tujuan perubatan – sepertinya penisilin dan insulin – ataupun diberikan untuk memberikan tenaga pada badan, ataupun tujuan vaksin, ia tidak memberi kesan terhadap puasa, sama ada ia di berikan pada urat ataupun otot. Fataawa Muhammad ibn Ibraaheem, 4/189.
Tetapi, demi keselamatan, suntikan-suntikan tersebut boleh diberikan pada waktu malam. Dialisis, di mana darah dikeluarkan, dibersihkan dan dikembalikan kepada badan dengan tambahan bahan kimia seperti gula dan garam etc. dianggap membatalkan puasa. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/19
Perkara kelima daripada perkara yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan darah melalui bekam kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama berkata: “Tukang bekam dan yang dibekam membatalkan puasa mereka.” HR Abu Dawood 2367; disahihkan oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Dawood, 2047.
Menderma darah termasuk di bawah bekam, kerana ia akan memberi kesan kepada badan dengan cara yang sama. Dengan ini, ia tidak dibenarkan bagi seorang yang berpuasa untuk menderma darah melainkan ia suatu keperluan, maka ia dibenarkan. Dalam kes ini, penderma telah membatalkan puasanya dan perlu menggantikannya pada hari lain. Ibn ‘Uthaymeen, Majaalis Shahr Ramadaan, ms. 71.
Jikalau seorang menghadapi hidung berdarah, puasanya sah, kerana ia berlaku secara tidak sengaja. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/264.
Mengenai pendarahan daripada mencabut gigi, pembedahan atau ujian darah etc., ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukan bekam ataupun suatu yang sepertinya, melainkan ia memberi kesan kepada badan sepertinya berbekam.
Perkara keenam yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja, kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama telah bersabda: “Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, tidak perlu menggantikan puasanya, tetapi barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka perlu dia menggantikannya.” HR al-Tirmidhi, 720, disahihkan oleh al-Albaani dalam Sahih al-Tirmidhi, 577.
Ibn al-Mundhir berkata: Para ulama bersetuju bahawa puasa seorang yang muntah dengan sengaja terbatal. Al-Mughni, 4/368.
Barangsiapa yang muntah dengan sengaja dengan meletakkan jarinya pada tekaknya, menekan perutnya, sengaja bau suatu yang teruk atau tetap melihat pada suatu yang boleh menyebabkannya untuk muntah, perlu menggantikan puasanya pada hari lain. Jikalau muntahnya ingin terkeluar, maka janganlah dia menahannya kerana ia akan memudaratkannya. Majaalis Sharh Ramadaan, Ibn ‘Uthaymeen, ms. 71.
Perkara ketujuh yang membatalkan puasa adalah darah haid dan nifas. Kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama telah bersabda: “Bukankah apabila dia (seorang wanita) haid, tidak solat dan tidak berpuasa?” HR al-Bukhari 304.
Apabila seorang wanita melihat darah haidnya atau nifas, puasanya terbatal walaupun pada waktu itu adalah sebelum matahari terbenam.
Jikalau seorang wanita itu merasakan bahawa haidnya telah bermula tetapi darah masih belum keluar sehinggalah setelah terbenamnya matahari, puasanya masih sah.
Jikalau seorang wanita haid atau nifas, darahnya terhenti pada waktu malam, dan dia berniat untuk berpuasa, lalu tibanya waktu terbitnya matahari sebelum dia melakukan mandi wajib, pendapat para ulama adalah puasanya sah. Al-Fath, 4/148.
Ia lebih diutamakan bagi seorang wanita untuk menerima fitrahnya dan untuk menerima apa yang telah Allah tetapkan baginya, dan tidak untuk mengambil apa-apa perubatan untuk menghalang haidhnya. Dia perlu menerima apa yang telah Allah tetapkan baginya untuk tidak berpuasa ketika haidnya tiba, dan untuk menggantikannya pada hari lain. Inilah apa yang telah dilakukan oleh Ummul Mukminin dan para wanita salaf. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/151.
Tambahan pula, ia telah dibuktikan oleh perubatan bahawa cara-cara menghalang haid adalah merbahaya dan ramai wanita yang telah menghadapi pusingan haid yang tidak tetap.  Jikalau seorang wanita mengambil pil dan haidnya terhenti, ini tidak mengapa, dia boleh berpuasa dan puasanya sah.
Inilah perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kesemuanya – tidak termasuk haid dan nifas – hanya membatalkan puasa dengan tiga syarat: jikalau seseorang itu sedar akan hukumnya dan mengetahui mengenainya; bahawa dia melakukannya dengan keadaan yang sedar dan bukan dalam keadaan terlupa; dan dia melakukannya itu dengan kehendak dia sendiri dan tidak dipaksa.
Kita juga perlu menyatakan beberapa perkara yang tidak membatalkan puasa:
  1. Enemas, ubat mata, ubat telinga, cabut gigi dan rawatan terhadap kecederaan tidak membatalkan puasa.  Majmoo’ Fataawa Shaykh al-Islam, 25/233; 25/245
  2. Tablet perubatan yang diletakkan di bawah lidah untuk merawat serangan asma etc, selagi mana tidak menelan bahan sisanya.
  3. Memasukkan apa-apa ke dalam vagina seperti pessaries, atau spekulum, atau jari doctor dengan tujuan ujian perubatan.
  4. Memasukkan apa-apa peralatan perubatan atau IUD ke dalam rahim.
  5. Apa-apa yang memasuki saluran kencing lelaki dan wanita, seperti tuib ‘catheter’, atau ‘medical scopes’, atau ‘opaque dyes’ yang dimasukkan untuk tujuan x-ray, atau perubatan, atau bahan untuk membersihkan pundi kencing.
  6. Menampal gigi, mencabut gigi, membersihkan gigi, sama ada dengan siwak ataupun berus gigi, selagi mana dielakkan menelan sesuatu sehingga ia mencapai tekak.
  7. Kumur-kumur dan spray etc. pada mulut selagi mana tidak menelannya sehingga ia mencapai tekak.
  8. Oxygen atau gas anestatik, selagi mana ia tidak memberikan apa-apa khasiat pada pesakit.
  9. Apa-apa yang boleh masuk ke dalam badan melalui penyerapan pada kulit seperti krim, ‘puoltices’ etc.
  10. Kemasukan tuib halus pada urat untuk penggambaran diagnostik atau rawatan pada urat jantung atau mana-mana bahagian badan.
  11. Kemasukan skop melalui dinding perut untuk melihat usus dengan cara pembedahan (laproskopi)
  12. Mengambil bahan ujian daripada hati atau mana-mana bahagian badan, selagi mana ia tidak disertakan dengan pemberian bahan-bahan yang memberikan khasiat.
  13. Endoskop, selagi mana ia tidak disertakan dengan pemberian bahan kimia atau selainnya.
  14. Kemasukan apa-apa peralatan perubatan atau bahan kepada otak atau ‘spinal column’.
Wallahu ‘alam.
Sumber : ilmucahayakehidupan

No comments:

Post a Comment

Nuffnang