Wednesday 13 May 2015

Hukum meninggalkan puasa Ramadhan


Menurut mazhab Syafie, sesiapa tidak berpuasa Ramadan tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan,dia adalah fasiq dan berdosa besar. Dia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. 



Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan ramadan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan bukan kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun dia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). 

Oleh itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan syarak dan berazam tidak akan mengulangi lagi buat selamanya.

Sumber: http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-hukum.html

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang