Sunday, 17 May 2015

A day with London Weight Management

Assalamualaikum

sepanjang my life , untuk turun berat badan aku belum pernah lagi buat apa-apa treatment yang zaman sekarang sudah canggih pakai machine , just baring-baring, lepas tu ada orang urut-urut lepas tu eh da turun dah berat badan. dapat lagi shape badan dah jadi slim yang mana idaman semua aweks-aweks kat luar sana termasuk aku. hehh.cuma yang diperlukan  adalah money..yeah kata money is everything kan..LOL

Baik .hari tu aku dapat London Weight Management punya free treatment. tak sure apa yang menyebabkan aku dapat. aku rasa before ni aku ada jawab survey pasal one of shopping website ni. then ada lucky draw la apa entah . then ada lar dapat benefits dia. diskaun ini la diskaun itu la. and antaranya dapat free treatment LWM

so dua hari lepas pihak LWM ada call aku tanya bila boleh buat appointment. katanya untuk buat treatment 3 jam dengan aku. so aku tak sure bila boleh datang. then dia decide esoknya dia akan call aku balik. After confirmed, jadi la appointment aku dengan LWM hari senin pukul 11..

jadi aku yang mula start dengan banyak persoalan ni mula lah terfikir wah bagus benar kasi aku free treatment. nothing is for free lar kan..mesti ada rencana seterusnya nak promote baik punya dengan aku..jadi nak puaskan hati aku pun buat research, ceh kemain research lagi, google apa semua, and finally agak ramai blogger and orang yang dah penah buat free treatment dekat LWM.

so aku pun dok baca testimoni diorang, bagus jugak blogger-blogger ni cerita full detail tentang pengalaman diorang pegi LWM. ini sangat membantu okeh. that's why I love blogging so much. you shared Eveeeryyythinggg..heh. at least i'm ready before nak buat sesuatu benda ni kan..sebab kadang-kadang pengalaman / testimoni seseorang yang pernah guna / rasai tu lagi berharga and sangat diperlukan actually..ceh

semua testimoni / entry aku baca . and apa yang diorang tu cakap/ ceritakan semua betul. aku saja je nak pergi. heh..benda free, just bak kata blogger lain, kuatkan mental and fizikal je ..haha.
jadi tepat pukul 11 aku sampai dekat LWM Mahkota Parade.

sampai je disambut amoi-amoi yang super hawt and slim gituew. ramah sungguh sambut aku .lepas tunjuk IC amoi tu suruh aku tunggu sampai dorang panggil





tengah tunggu
dalam 5 minit macam tu baru lar sorang konsultan ni namanya Angie panggil aku untuk pergi timbang berat badan and ukur ketinggian. lama benar tak timbang. haha..aku ni bukan lar kategori gemuk lagi actually. tapi kalau tak jaga memang boleh ke gemuk pun. plus ketinggian tak cukup inci ni mana nak balance kalau berat naik mendadak kenss.. 
bilik konsultan
then after timbang semua, Angie ajak masuk bilik konsultan, apa lagi mahu explain more detail pasal apa punca / masalah yang aku hadapi . dia terang pasal package yang ada. then bila tahu aku student, dia kasi aku student package pulak. still beriban lagi and last dia suruh aku join membership, RM 500.. wuu, Angie cakap ukur lilit pinggang aku tak ada masalah tapi masalah bawah aku, you know what I meant like buah pear tahu?
Aku suka the way Angie terang kan kat aku sebab dia tak push-push like most konsultan lain yang aku baca kat testimoni orang lain. masa dia promote membership card tu aku dah macam goyang sikit, dek kerana sifat aku susah/ berat sikit nak cakap tak/ or nak menolak. ish. tapi pheww I berjaya tolak perlahan-lahan. Then Angie kasi offer ada satu fluid RM150 untuk pecah lemak bahagian bawah khas untuk orang yang ada masalah macam aku, masa tu iman dah tak berapa nak kuat, aku macam KIV dulu. hmm

tengah konsultan
 Angie banyak lar terang kat aku pasal apa sebab metabolisme kita rendah, tanya pasal macam mana pola pemakanan kita, etc, and lepas tu dalam bilik tu jugak, dia suruh bukak baju apa semua, just tinggal dalam-dalam (maaf entry agak censored) sebab dia nak identify betul-betul pe masalah badan kita. sebelum Angie explain dekat aku, dia siap mintak maaf dulu kalau aku terasa nanti, heh, aku kata okay je. dia dia explain la apa semua which is bagus sebenarnya kita kena tahu weh.

then suruh pakai baju balik, sambung explain lagi apa rawatan yang patut aku ambil, and berapa harga nya. lagi sekali aku goyang sikit iman. aku cakap terang-terang kat dia aku tak ada income, then dia bagi idea itu ini. last dia suruh aku guna duit simpanan. begitu clever Angie cari penyelesaian. heh. kau cakap alasan apa pun, Angie ada je suggest.

ruang nak ke bilik rawatan
 lepas tu ada amoi lain pulak panggil masuk bilik rawatan, sorry tak sempat berkenalan pulak dengan amoi lagi sorang tu. dia suruh pi tukar baju just pakai towel then start lar dengan rawatan :


  • mandi wap
aku diberi tuala kecil, then duduk dalam satu bilik wap . kasi panas badan. lebih kurang 15 minit macam tu aku duduk kejap bersila kejap begini begitu.
  • Hot blanket
dia sapu scrub satu badan, then dia balut badan aku dengan plastik, lepas tu dengan ada satu blanket khas, then dia selimutkan aku like nak suruh tidur hari sudah malam. haha. amoi tu suruh rilex dalam 20 minit. masa ni syok sikit sebab rasa macam nak tidur pun ada. rasa badan dah panas-panas. after 20 minit tu, amoi tu datang bukak blanket, and aku tengok kemain banyak air bertakung atas plastik yang balut badan aku tu. pehh.apa lagi peluh aku la tu kot.
  • machine treatment
lepas pergi mandi bersih kan badan dek habis singkirkan segala peluh tu, siap syampu, conditioner then guna pengering rambut lagi, amoi tu suruh masuk ada satu bilik tu then dia ambil ukur lilit pinggang, breast, lengan, peha, pinggul. then dia sapu ubat fluid yang Angie promote kat aku tu yang harga RM 150 tu. biasa orang lain tak di sapu pun, tapi Angie baik bagi aku, then baru lar lekatkan pelekat vibrate kat tempat yang bermasalah. lebih kurang 20 minit jugak, rasa vibrate kaw-kaw punya. macam nak kejang-kejang pun ada rasa.haha.



tu machine vibrate
 lepas settle semua treatment, amoi tu ukur balik nak tengok hasil lepas treatment, and memang ada perubahan..hehh, pergi timbang berat, turun 1 kilo . boleh tahan.hehe.. tapi sepanjang treatment, amoi tu ada la bebel sikit. mentang free treatment dia tanya itu ini. siap tanya aku ada boyfriend ke tak. motif?nak cakap kalau badan tak slim macam mana nak ada boyfriend la tu. hehh

tukar baju nak balik dah
Amoi tu macam tak ada la push-push aku suruh teruskan treatment ni, tapi aku ni nak menyedapkan hati so aku pun ambil la satu cream fluid ni sebab ada promotion 79% off. so harga dia RM 28 je. haha. then dapat satu free gift ada 3 barang comel dalam 1 beg merah.. hewhew

free gift
so aku keluar from LWM tu dengan senyuman kelegaan rasa macam I berjaya melawan ajakan/ pengaruh-pengaruh/ pujuk rayu apa semua. aku tak kata LWM ni tak bagus. bagus actually untuk turun berat badan dengan cepat plus dia bantu kita settlekan masalah yang kritikal macam selulit, body bentuk pear, gemuk air semua. tapi if you ada modal beriban tak sabar nak tunggu result dengan cepat. sila kan pergi.. but for me, daripada habis beriban, baik diet cara sihat. tanpa ada orang asing komen  / tengok  figure badan korang setiap sudut semua. huh. harap maklum

No comments:

Post a Comment

Nuffnang