Rahsia Diet Atkins Yang Sebenar
Ketahui Rahsia Diet Atkins Yang Sebenar | Artikel ini adalah versi update daripada artikel Rahsia Diet Atkins yang lama yang telah memperoleh sebanyak 91267 view. Ramai yang mencari artikel ini kan?
Mengawal berat badan kekal adalah sukar untuk di capai. Sebuah penyelidikan menyatakan kira-kira 90% daripada orang yang berdiet mengulangi kegagalan setelah beberapa kali memulakannya. Dan yang berjaya apa rahsianya? Pernah terfikir rahsia diet atkins yang sebenar? Laporan Pengguna mendapati majoriti yang melakukan diet atkins adalah orang yang paling berjaya menghilangkan berat badan dalam masa yang singkat tanpa perlu mendaftar dalam program diet dan membeli makanan khas untuk kurus. Melayu dan nasi tiada berpisah. Betulkan? Nasi merupakan penyumbang karbohidrat terbesar dikalangan orang melayu. Pernah terfikir?
Aku tak mampu hidup tanpa nasi! Hari-hari kena makan juga nasi, walaupun sedikit! Orang Melayu kan. Mana lepas. Mulut dan nasi bagai irama dan lagu!
Sebagai permulaan kepada diet atkins, saya amat sarankan anda untuk mendapatkan panduan Teknik Kurus Dengan Atkins. Saya juga pernah melakukan review tentang panduan ini di dalam artikel Ebook Teknik Kurus Dengan Diet Atkins 2014. Di dalam panduan itu, terdapat banyak maklumat yang berguna yang akan anda boleh gunakan semasa memulakan diet atkins.
Sebagai ilmu tambahan, saya telah menyediakan sebuah artikel yang bertajuk Apa itu Diet Atkins?.
Suka saya katakan, bagi anda yang tidak pernah tahu tentang diet ini,
khatamkan pembacaan artikel tersebut. Fahami konsep yang sebenar dalam
diet ni, kemudian mulakan diet ni tanpa menysahkan diri anda sendiri.
Dan satu lagi, Diet Atkins ni tak pernah menyusahkan orang! Tapi lebih kepada menggembirakan orang.
Kenapa saya kata
menggembirakan? Dengan diet ini, anda tidak perlu menahan lapar. Anda
boleh makan seberapa banyak dan sekerap mungkin makanan dalam sehari dan
anda mendapati berat tetap akan turun. Bagaimana pun, dalam apa jua
program diet, pantang tetap ada. Makan makanan yang tinggi protein dan
elakkan makanan yang berkarbohidrat. Mungkin ada yang tidak faham.
Tetapi saranan saya, baca artikel Apa Itu Diet Atkins?.
Langkah untuk Berjaya Dengan Diet Atkins
1. Belajar tentang diet atkins
Seperti yang telah saya katakan tadi, belajar tentang apa itu diet atkins.
Sebelum memulakan diet, penting untuk anda mengetahui apa yang akan
anda peroleh dalam jangka masa panjang diet ini dan memahami sebab-sebab
pilihan makanan yang dibuat.
2. Belajar Cara Mengira Karbohidrat
Diet Atkins
bergantung kepada pengiraan karbohidrat yang ada di dalam makanan harian
anda. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab anda untuk mengira
jumlah karbohidrat dalam pemakanan dan tidak mengambil lebih daripada
20gm sehari. Bagaimana cara untuk mengatahui nilai karbohidrat dalam
makanan yang di ambil? Buka Google dan taip "Nutrition in [Food]. Mudah
bukan? Sekiranya anda bijak dalam memaksimakan penggunaan Google, anda
mungkin akan ketemu ebook free atau senarai lengkap nutrition pemakanan diet atkins.
3. Makanan Diet Atkins
Dalam proses diet
atkins, terdapat empat fasa penting yang anda perlu ikuti sehingga
memperoleh berat badan ideal. Fasa pertama adalah fasa induksi. Fasa ini
merupakan fasa yang paling ketat peraturannya dan berlangsung selama
2minggu. Walaubagaimanapun, fasa induksi adalah pilihan fasa yang mana
anda boleh lakukan selama 2minggu atau meneruskan fasa ini sehingga anda
mencapai berat idea berbaki 5kg terakhir.
Selepas fasa ini, anda akan menambah bilangan karbohidrat setiap minggu ke dalam diet harian anda.
4. Rancang Plan Diet Masa Depan
Bagi sesetengah pendapat, mulakan perjalanan anda dengan perncangan yang rapi. Ini kerana, diet atkins
mungkin boleh memberikan tekanan yang cukup tinggi di awal-awal
permulaan. Anda mungkin akan tertewas dengan makanan kegemaran di dalam
tempoh induksi. Pelan perjalanan diet anda selama seminggu bersama
dengan menu-menu halal atkin. Bagi yang pandai dalam blog, buat sebuah
blog perjalanan diet atkins anda. Ia mungkin juga boleh memberi
inspirasi kepada orang lain.
Hilang 3.5 kg dalam masa 2hari?
Itulah kejayaan terbesar saya semasa proses pertama memulakan diet atkins. Anda boleh baca di dalam artikel di bawah :
Banyak kan? Kalau
saya boleh, anda tentu boleh. Jangan terus menerus menyeksa diri anda
dan bagi alasan esok, lusa, minggu depan, tahun depan! Kalau bukan saat
ini, anda mungkin akan terus hanyut dan melupakan diet atkins ini.
Jadi, kepada yang nak kurus, mungkin inilah peluang anda.
Panduan yang
lengkap dengan menu harian, mungkin akan membantu proses penurunan berat
dengan cepat. Kalau tak keberatan, saya sarankan kepada anda untuk join
kelab Diet Atkins Malaysia di Facebook. Kelab ini banyak
membantu mereka yang ingin kurus dengan sihat. Dalam erti kata lain,
sifu-sifu juga ada dalam group tu. Rugi rasanya kalau anda lepaskan
peluang untuk mengenali mereka.
P/s : Lawati blog RAHSIA DIET ATKINS MALAYSIA untuk dapatkan resepi Atkins dan ebook panduan dan resepi khas atkins SECARA PERCUMA.
No comments:
Post a Comment