Seperti rakan blogger saya, Eyriqazz.com yang telah dengan bijaknya pergi beli belah untuk membuat pembelian barangan yang akan dikenakan GST bermula 1 April 2015. Sukacita saya nak ingatkan bahawa bukan semua barangan akan dikenakan GST. Barangan runcit yang melibatkan bahan-bahan mentah seperti Ayam, Beras, Cili Kering, Cabai, Garam, Gula Pasir, Kelapa Biji, Beraneka Rempah Ratus dan banyak lagi adalah antara barangan runcit yang tidak dikenakan GST. Maka, jangan anda panik membeli sehingga anda terlebih bajet bulanan anda. Asalnya mahu dapatkan penjimatan, tetapi pembaziran pula yang anda lakukan.
Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST
Untuk itu, adalah wajar anda tahu mengenai senarai 391 barangan runcit yang dikenakan cukai GST, dan barangan atau produk runcit yang tidak dikenakan GST. Berbelanjalah dengan bijak. Nanti, bukan sebab GST anda sesak bulan April, tetapi sebab anda terlanjur membeli lebih daripada sepatutnya.Ketahui bagaimana nak berniaga menerusi Facebook - Mudahnya Niaga di Facebook (klik untuk mengetahui cara-caranya)
Semoga informasi ini akan membantu anda untuk berbelanja runcit dengan bijak, samada sebelum GST diimplementasi pada 1 April 2015 atau selepas ia mula dilaksanakan. Ketahui dengan jelas barangan runcit yang dikenakan GST dengan barangan runcit yang tidak dikenakan GST.
No comments:
Post a Comment