Hari Jumaat, masa lunch hour aku agak panjang berbanding hari-hari lain.
So terasa macam kerja goverment pulak. Selalunya aku akan pergi ke mall
yang berdekatan dengan office aku. Jalan-jalan cuci mata dan window
shopping. Sejak Kak Fadz teman paling rapat dengan aku dulu resign, aku
lebih selesa lunch sorang-sorang. Kadang-kadang ada jugak aku lunch
dengan manager, supervisor dan kawan-kawan dari department lain tapi tak
keraplah.
Selalunya aku ke Setia City Mall. Tapi hari ni aku ke AEON Bukit Raja.
Saja tukar angin. Selepas window shopping, macam biasa aku pun cari
tempat makan. Pada hal perut tak lapar tapi aku tetap jugak nak makan
sebab aku takut nanti petang-petang perut berbunyi minta di isi. Tengah
aku makan sorang-sorang tu, fikiran aku melayang-layang fikirkan pasal
macam mana nak kuruskan badan kalau aku asyik nak makan dan tak control
apa yang aku makan. Aku kalau sorang-sorang memang macam ni suka
berangan fikiran melayang-layang. Kalau orang tegur pun agaknya tak
perasan. Hahaha.
Ok aku pernah bagitahu kan yang aku mengamalkan Atkins diet? Aku pernah
tulis pasal entri Atkins diet beberapa bulan lepas. Ok aku nak cerita
sikit. Masa tu memang aku serius amalkan Atkins diet. Aku bertahan
beberapa bulan. Tak silap aku dalam lebih kurang almost 4 bulan kot.
Masa tu hati kental beb tak ambil sebarang makanan dari jenis carbo
walaupun nasi.
Sampaikan satu tahap, aku macam teringin sangat nak makan nasi. So aku
pun ambil keputusan menjamah 4,5 suap nasi. Selepas tu, aku kan pergi
bercuti ke Sarawak. So aku rasa rugi kot nak diet-diet bagai kalau pergi
melawat negeri orang. Mestilah nak rasa macam-macam masakan orang
Sarawak. So aku pun ambil keputusan bedal je apa-apa menu yang menarik
perhatian aku sepanjang aku berada di Sarawak tu. Sampailah dah balik
KL, dan kebetulan bulan lepas aku banyak buat kerja luar dan jarang
masuk office, nafsu makan aku terhadap makanan segera macam makin
menjadi-jadi. Selalunya bila aku kerja luar aku memang ambil jalan mudah
memilih makanan segera. Bermulalah dari episod itu, aku terasa macam
aku dah tak boleh nak teruskan Atkins diet. Mulalah diet aku ke laut.
Hahaha.
Masa tu aku takut sangat nak timbang berat aku. Aku dapat agak berat aku
mesti naik. Oh ye lupa nak bagitahu, masa aku mengamalkan Atkins diet
secara serius tu berat aku turun dalam 6kg - 7kg. Memang terasa sedikit
ringan badan aku. Sebab selain Atkins diet aku buat senaman ringan
tiap-tiap malam. Ok berbalik kepada cerita aku takut nak timbang berat
tu, satu hari aku beranikan diri menimbang berat aku. Sekali bila
timbang naik lebih kurang 2kg. Rasa macam dah lemah semangat aku time
tu. Tapi salahkan diri-sendiri sebab makan tak agak-agak.
Sebenarnya aku rasa aku tak sesuai dengan cara mengamalkan Atkins diet.
Ini aku cakap untuk diri aku. Sebab aku susahlah kalau langsung tak
boleh ambil sebarang carbo atau kurangkan pengambilan carbo. Menu yang
aku makan tu akan buatkan aku cepat bosan. Aku tak ada masalah bab untuk
skip atau kurangkan pengambilan nasi sebabnya aku bukan penggemar nasi
sebaliknya aku suka sangat menu jenis mee atau bihun. Aku suka mee
hailam, bihun sup, mee kari dan apa-apalah asalkan dari jenis mee atau
bihun. Tapi mee dan mihun jugak adalah carbo. Jadi dari situlah aku
cepat bosan sebab tak boleh nak makan mee atau bihun.
Dan sekarang ni, aku cuba bertukar mengamalkan diet yang lebih natural
dan simple. Makan makanan yang seimbang dan kurangkan kuantiti makanan
contohnya. Aku rasa aku lebih sesuai dengan cara begini. Nasi macam
biasa aku memang kurang ambil nasi. Tapi aku gantikan dengan mee atau
bihun dalam kuantiti yang sederhana. Jadi aku rasa lebih seronok dan
relaks bila berdiet cara begini. Teringin jugak nak cuba produk kurus
yang tengah hot kat pasaran sekarang. Tapi nanti-nanti dululah. Aku nak
cuba dulu diet cara natural. Kalau terbuka hati nanti bolehlah aku cuba
produk kurus tu. Sekarang ni tak terbuka hati lagi.
Ok kat bawah ni gambar aku sebelum diet kembang semangkuk dan gambar
selepas aku mengamalkan Atkins diet beberapa bulan lepas. Sebenarnya
taklah nampak ketara sangat tapi ada sikitlah perubahan tu. Sekarang ni
mari kita mulakan diet cara baru pulak dan kita tengok hasilnya nanti
ye. Aku berharap aku lebih kental dalam program diet aku kali ni.
InsyaAllah
Gambar (1) : Ni gambar
masa aku bercuti ke Melaka tahun lepas. Masa ni memang aku tak diet
pun. Tengoklah lemak sana sini tersembul. Sebenarnya malu nak letak
gambar ni tapi aku letaklah jugak untuk dijadikan perbezaan dengan
gambar sekarang. Aku pun macam tak sangka dulu aku gemuk berisi macam
ni. Rasa nak lari sorok muka bawah meja bila tengok gambar ni
Gambar (2) : Ni gambar terbaru
aku masa bercuti ke Sarawak bulan lepas. Masih gemuk dan berlemak sana
sini cuma bentuk badan tu lebih fit sikit. Jadi untuk menampakkan lebih
kurus marilah kita berdiet secara berhemah. Ayuh. Perghhh ayat kemain
lagi kau Nurul. Hahaha.
No comments:
Post a Comment