Tuesday, 19 May 2015

PM Luxembourg Berkahwin Dengan Pasangan Sejenis


pm luxembourg berkahwin dengan pasangan sejenis


Sumber: AFP

KUALA LUMPUR 18 MEI 2015: Perdana Menteri Luxemborg, Xavier Bettel berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Gauthier Destenay, seorang arkitek berasal dari Belgium.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di ibu negara yang turut dihadiri Perdana Menteri Belgium dan isteri.

Selain menjadi pemimpin Kesatuan Eropah, EU yang pertama berkahwin dengan pasangan gaynya, Bettel adalah pemimpin kedua di dunia selepas Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir yang mengahwini pasangan sejenis pada 2010.

Beliau yang memegang jawatan itu sejak 4 Disember 2013 merupakan bekas Datuk Bandar Luxemborg City berumur 42 tahun, juga bekas peguam.

Undang-undang perkahwinan sejenis di negara itu telah di luluskan oleh Dewan Parlimen pada 1 Januari 2015 selepas mula dibentangkan pada Jun 2014, apabila beliau sendiri memperjuangkan hak asasi golongan LGBT.

Destenay melamar Bettel pada Ogos 2014 setelah menjalinkan hubungan hampir 5 tahun.

Bagaimanapun majlis perkahwinan Perdana Menteri di negara dengan populasi 550,000 penduduk itu tidak membenarkan pihak media membuat liputan sepanjang majlis itu berlangsung.

Luxemborg bersempadan dengan Jerman, Belgium dan Perancis.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang