KUALA LUMPUR 15 MEI 2015:
Pelawak dan penyampai radio Ultra FM, Mamat atau nama sebenar Mohd Noor
Murad akui rindukan keindahan dan kemesraan kumpulan Sepah dan hanya
berserah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk disatukan semula.
Bagi Mamat, kumpulan Sepah merupakan
hasil gabungan ideanya bersama Jep sebelum mencari seorang ahli lain
iaitu Shuib untuk menambahkan lagi seri kumpulan lawak itu.
“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum
ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing
sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.
“Permasalahan yang timbul dahulu
sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih
seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada
takdir,” ujar Mamat
Mamat yang ditemui media di Majlis
Pelancaran Konsert Lagenda Jelajah Rock turut memberitahu walaupun kini
bersendirian tetapi rasa amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan
oleh Nya.
“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan,
sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama
dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya
lebih matang.
“Pelbagai tawaran masih lagi saya terima, kalau saya tak dapat memenuhi tawaran yang diberikan saya akan tolak cara baik.
“Kerjaya saya sebagai penyampai radio di
Ultra FM pun saya ‘happy’ di setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 pagi
hingga 10 pagi kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar
secara langsung,” katanya mengakhiri bicara.
No comments:
Post a Comment