Seorang wanita dari India yang koma selama 42 tahun selepas
dirogol dan didera, akhirnya menghembuskan nafas terakhir Ahad lalu.
Anura Shanbaug, dirogol dan dicekik oleh seorang pekerja hospital di Mumbai pada tahun 1973, yang mengakibatkan kecederaan teruk pada otaknya.
Rakan Anura, Pinki Virani, telah bertahun-tahun cuba mendapatkan petisyen agar hospital dibenarkan menamatkan riwayat Anura, namun gagal.
Minggu lalu, Anura diserang pnemonia yang membawa kepada persetujuan para doktor untuk melepaskannya dari mesin sokongan hidup.
Anura merupakan bekas jururawat, diserang seorang lelaki, Sohanlal Bhartha Walmiki, ketika baru sahaja selesai shif bekerja shif malam. Dia diperkosa dalam keadaan lehernya diikat dengan rantai anjing, mengakibatkan kerosakan yang teruk pada sel otaknya.
Lelaki itu dipenjarakan atas kesalahan cubaan membunuh tetapi pihak pendakwa memilih untuk tidak mendakwanya atas kesalahan merogol kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada personalitinya.
Dia bagaimanapun sudah dibebaskan dari penjara beberapa tahun lalu.
Foto: The Hindustan Times

No comments:
Post a Comment