Penyanyi, perunding motivasi dan chef selebriti, Dato' Fazley Yaakob
mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram
dalam masa sebulan dengan hanya mengawal pengambilan gula dalam makanan.
Semuanya dilakukan dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa bantuan senaman.
"Selepas menjuarai pertandingan
Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan
saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar
pengambilan gula dalam makanan saya.
Seperti contoh, jika saya minum kopi
ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan
saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat
badan saya sehingga 72 kilogram," kata Fazley memulakan bicara.
Kerjayanya sebagai chef juga tidak menghalang dirinya untuk mengawal
kadar pengambilan gula agar berat badannya turun secara semula jadi.
"Sebagai chef, kadang-kadang saya singgah ke kafe-kafe untuk merasai kek
yang dijual bagi mendapatkan inpirasi dan idea baru dalam masakan.
"Saya memesan 10 potong kek untuk saya makan, tetapi setiap potong kek saya hanya merasainya satu sudu sahaja.
"Saya juga sentiasa sibuk dengan kerja,
jadi saya tiada masa untuk bersenam. 'Senaman' saya adalah hanya dengan
melayan anak-anak bermain di rumah dan menguruskan mereka jika ada masa
lapang," ujarnya yang ditemui di majlis pengenalan buffet buka puasa
Fish & Co di Pavilion semalam.
Bekerjasama dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut bagi hidangan
buffet buka puasa Fish & Co, Fazley menyediakan empat seleksi
manisan untuk dinikmati oleh pengunjung restoran tersebut.
"Saya menghasilkan tiga jenis kek dan macaron sebagai seleksi pemanis mulut bagi hidangan buffet Fish & Co tahun ini.
Selain hidangan utama yang lazat dan
menyelerakan Fish & Co, pengunjung boleh menikmati pencuci mulut
yang dihasilkan dalam citarasa Malaysia tetapi masih mengekalkan elemen French Pastry," katanya lagi.
Untuk informasi lanjut mengenai hidangan buffet buka puasa lazat Fish
& Co, layari laman web www.fish-co.com.my atau lakukan carian
menerusi hashtag #BukaPuasaFishNCo atau singgah di laman Instagram
@FishNCoMy.
Kredit gambar: Instagram @fazleyyaakob, @sukasucre.creatives & @mieranadhirah
No comments:
Post a Comment