Tuesday, 19 May 2015

Tetamu terkejut besar, pengantin lelaki bawa tandas sebagai hantaran


tetamu-terkejut-besar-pengantin-lelaki-bawa-tandas-sebagai-hantaran
Tandas yang dilengkapi dengan tangki, singki dan cermin setinggi 30 sm antara yang dituntut sebagai hantaran sebuah perkahwinan oleh keluarga pengantin perempuan hanya kerana rumah bakal suaminya tidak mempunyai kemudahan tandas yang lengkap.

Semuanya bermula beberapa minggu lalu, apabila ketika penetapan perkahwinan untuk seorang gadis dari Akola dengan pengantin lelaki Devendra Makhode dari Yavatmal, pengantin perempuan itu cemas apabila mendapati rumah bakal suaminya itu tidak mempunyai tandas dan mereka dikatakan akan membuang air kecil dan besar di kawasan terbuka.

"Saya hanya mendapat tahu perkara ini selepas keluarga saya memuktamadkan perkahwinan itu. Saya kemudian telah membincangkan isu ini dengan ibu bapa dan adik beradik saya secara terperinci," jelas Chaitali dipetik dari laporan The Times of India.

Anak petani itu kemudian membuat permintaan sebuah tandas yang lengkap daripada ibubapanya sebagai hantara perkahwinan.

"Saya tidak berminat dengan televisyen, peti sejuk  atau barang kemas sebagai hantaran perkahwinan. Saya hanya mahu sebuah tandas yang lengkap untuk diguna di rumah bakal suami saya,” kata pengantin perempuan itu.

Pada mulanya, bapa pengantin perempuan itu, Dilip Galakhe menolak permintaan anaknya kerana dia mendapati permintaan itu tidak masuk akal.

Tetapi, Dilip kemudian menunaikan permintaan anaknya demi kebahagian Chaitali.

Difahamkan, tetamu yang hadir untuk perkahwinan mereka terkejut besar melihat tandas buatan yang dibawa sebagai hantaran perkahwinan semasa majlis itu.

Sementara itu, tindakan wanita itu telah berjaya menarik perhatian rakyat negara India sehingga dia diberi  ganjaran wang tunai sebanyak Rs10 juta (RM56,000) oleh sebuah NGO atas pendiriannya mengenai isu kebersihan.

Difahamkan, kempen 'Swachch Bharat', yang menekankan kepentingan sanitasi kini sedang dijalankan di negara itu.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang