.......... DIET ATKINS.......
Hai.. salam uolss..
iolss nak citer nie.. citer-citer di petang khamis..
eehh khamisss.. esok jumaat.. lusa sabtu .. yeayy!!!! cotiiii........
ok moh baca aku nak citer..
aku nak citer nie pun atas permintaan kawan aku.. nak tau macam mana aku diet..
katanyaaa.. aku dah kurus berbanding dulu.. Alhamdullilah.. ada yang perasan perubahan aku..
walaupun pada aku.. badan aku masih lagi gebus.. (tu la kan manusia tak pernah bersyukur.. ngehh)
untuk tidak menghampakan kawan-kawan yang aku sayangi.. moh ler aku
sharing kisah diet aku.. perjalanan rintihan menahan napsu lapar..
actually... aku dah start diet nie dah lama.. sebelum sebelum nie aku
memang ada ambik supliment.. pantang ada produk kurus aku akan try..
duit habih dah beribu ribu..
bermula dengan tahun 2009.. aku try ambik JDM 5.. yang doktor rozimi
tu.. alhamdullilah.. turun berat aku.. sebulan 10 kilo.. dengan kaedah..
ko minum air tu.. dan ko harus kawal pemakanan ko.. pendek kata.. ko
kena kira kalori yang masuk dalam badan ko..
kemudian ... aku stop ambik JDM sebab aku mengandung .. lepas tu aku
keguguran.. kakak aku plak suggest kan aku ambik Herbalife.. lama jugak
la aku ambik herbalife nie.. bulan pertama berat aku turun jugak laa
dalam 5 kilo sebulan.. dah lelama.. berat aku statik tak turun
langsung.. tapi yang aku suka dengan herbalife nie.. dia shape up kan
badan kita.. muka pun jadi tirus.. gitu.. .. lama aku amalkan herbalife
nie.. sampaila aku mengandungkan hannah kaysah.. masa preggy tu pun aku
still ambik herbalife.. aku ambik lebih pada suppliment untuk aku dan
baby time tu..
dan lepas delivery kan hannah kaysah.. pun aku maintain ambik.. tapi..
berat aku tak turun tau.. maintaian.. dari sebelum mengandung dengan
selepas bersalin.. tak apa laa aku fikir aku ambik herbalife tu untuk
kesihatan sebab herbalife nie banyak nutrisi ..
lepas bersalinkan kaysah.. dan lepas aku sakit operation dulu tu,, berat
aku naik mendadak-dadak.. memang gila kentang laa berat aku naik..
dekat 10 kilo gak laa berat aku naik.. aku syak jugak berat aku naik
sebab aku ambik jamu mak dara.. orang lain makan jamu ramping.. aku
makan jamu kembang semangkuk..
kemudian kawan aku ajak try pergi ke pusat kecantikan.. so dengan
berbekalkan sikit duit.. aku try ke Kunzense.. memang berkesan laaa.
dengan treatmeant yang dorang buat.. dan pantang larang makanan semua..
dekat 2 minggu berat aku turun dalam 5 kilo.. warghhh sonok sangat time
tu.. nak lagi pergi dengan member kan.. so lagi laa bersemangat..
masa aku pergi kunzense tu pantang larang makanan yang aku tak leh
ambik.. nasi .. tepung .. gula dan high carbo.. macam kentang .. dan
jugak makanan yang membesar dalam tanah.. macam ubi.. carrot tu...
lepas 3 bulan lepas tu.. aku dah tak berapa nak kawal pemakanan aku..
nasi aku tetap tak ambik.. tapi tepung dengan gula aku dah mula ambik..
sikit-sikit.. aku rasa badan aku tak best.. rasa berat balik.. seluar
jeans yang dulu longgar tetiba jadi ketat.. baju sendat jugakk..
menyesal dah tak berguna kan.. saper suruh tak jaga leklok kan.. buat
perabih duit jerk semua tu..
sampai laa satu haritu .. kawan opis aku amalkan diet high protein low
carbo.. atau dikenali dengan diet atkins.. 2 minggu dia buat.. nampak
laa perubahan.. muka jadi runcing.. baju jadi lose.. tapi yang buat lagi
semangat aku nie bila salah seorang blogger kak mimi buat.. memang
terserlah keberkesanan nyaa. semangat aku mula berkobar kobar.. aku
tanam dalam diri aku.. aku kata.. kalau orang lain boleh buat kenapa aku
tak boleh buat.. lagi pun cara pemakanan yang atkins diet amalkan sama
macam cara pemakanan yang kunzense buat.. so bagi aku tak ada masalah
untuk aku try..
so aku nekad.. kali nie aku nak diet tanpa menggunakan apa-apa produk..
aku nak try keberkesanan diet atkins nie.. sampai laa kawan aku add
dalam fb KELAB DIET ATKINS MALAYSIA.. dekat situ laa aku belajar
sikit-sikit apa yang boleh dan apa yang tak boleh di makan semasa
menjalankan diet nie..
so bermula 15 april 2013 aku start diet aku nie. cara pemakanan aku.. ialah
pagi : telur rebus../telur goreng/ omelete + sayur sayuran hijau di rebus atau di goreng
tengahari : ikan goreng / ayam goreng + sayuran sayuran hijau di rebus atau di goreng
malam : depends.. kekadang aku makan telur goreng atau lauk yang aku masak kan untuk family
aku..
tapi kena pandai kira carbo sehari yang di ambik.. permulaan 2 minggu
kandungan carbo yang boleh diambil sehari cuma 20 grm sahaja.. so masa
makan tu pandai-pandaila budget.. contoh dalam masakan tu ada gula.. so
kalau boleh jangan ambik kuahnyaa.. makan sahaja isinyaa..
air plak sehari aku akan minum dalam 4 - 6 litter sehari.. nie bagi
permulaan 2 minggu itu laa pemakanan yang aku buat.. mungkin bagi orang
orang akan kata aku gila sebab makan telur sahaja.. sekrang nie kita
amalkan diet carbo.. kiraan carbo bukan kalori. telur yang direbus rasa
nya 0 -0.5 carbo dia. kalau sehari ko rasa nak makan sekor atau 2 ekor
ayam.. silakan .. tak akan menjejaskan diet korang.. perlu di ingat
yer.. ini diet high protein low carbo.. dan perlu di ingat kan jugak..
sila minum air sebanyak mungkin ..
so far aku amalkan diet nie selama 2 minggu berat aku turun dalam 5 - 6
kg.. memang sangat teruja aku masa naik pemimbang tu.. 2 minggu tu di
panggil minggu induction.. buat diet atkins nie bukan selamanyaa ko di
fasa yang induction sesaja.. ada fasa-fasa nya.. bila berat dah turun
dlm 15 kilo.. dah boleh bertukar ke fasa terbaru. iaitu pengambilan
carbo sehari dalam 25 - 30 grm gitu kalau tak salah aku.. so kena
pandai-pandai kira carbo yang korang ambik..
alhamdullilah dalam 2 bulan berat aku dah turun dalam 12 kg.. sangat
menabjubkan.. baju aku semua longgar.. seluar pun longgar. dan bila
berat aku dah turun banyak tu.. so pemakanan aku setiap pagi tetap
sama.. kekadang aku ambik jugak nugget atau sosej.. dan tengahari aku makan ini ... itu la makanan aku setiap hari sampai la sekrang .. bertukar gak laa kekadang ayam atau ikan..
ada jugak laa dalam sebulan berat tak turun.. statik dan ada kala bila
nak period berat akan naik sikit.. itu biasa .. perubahan hormon.. ada
jugak yang buat diet nie.. permulaan tak turun banyak.. sekadar turun 3
atau 2 kilo jerk.. tapi try ambik tali pengukur... ukur lilit pinggang..
sure ada lose..
so sekarang dah 6 bulan.. berat aku so far dah turun dlm 18 kg.. tu pun
aku banyak mengelat jugak.. kekadang aku tak tahan tengok biskut.. aku
ambik sikit.. kekadang bukan sikit ... banyak jugak.. buah buahan dah
boleh ambik bila dah masuk fasa ke 2 atau 3.. tapi dalam kuantiti yang
berpada-pada.
so aku kena maintain kan jerk berat aku sekarang .. tak boleh turun kan
lagi.. sebab pak incik tak suka.. aku dah janji setakat nie jerk berat
aku yang di benarkan . so hanya perlu maintaian kan jerk.. supaya tak
naik ..
pic nie sebelum aku mulakan segala diet ..
dan gambar sebelah selepas turun 15 kg dengan diet atkins
dan korang jangan ingat buat diet nie .. korang tak leh makan dessert
semua.. boleh.. tapi kena buat sendiri dan jangan gunakan gula tepung
semua laa. gula ko gantikan dengan equal.. macam aku .. kalau aku
teringin nak makan aiskrim..
aku buat sendiri ... kalau aku terliur tengok orang makan nasi goreng
.. aku ambik bunga kobis aku blander kering.. dan aku tumis macam aku
nak buat nasi goreng.. pecah telur.. tabur bunga kobis yang dah bland
tu.. tadaaaa siap.. serupa macam makan nasi goreng.. actually seronok
diet nie.. kita akan jadi kreatif untuk mencipta sesuatu resepi yang tak
melanggar undang-undang atkins..
so kepada kawan-kawan yang nak try diet nie.. try laa. tak mengeluarkan
duit pun.. dan kalau nak lebih terang dan tepat.. masuk fb Kelab Diet
Atkins Malaysia.. yerk..
No comments:
Post a Comment