Neraka merupakan satu tempat yang wajib diyakini oleh umat islam sebagai
tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah meninggal
dunia. Jika amal seseorang itu baik, maka pembalasannya adalah di syurga
tetapi jika sebaliknya maka neraka adalah tempat untuknya dan diberi 3
jenis makanan dineraka iaitu;
(1) ZAQQUM
Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang
banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut,
seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik
ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu
sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau
tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar
neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka
benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi
perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini:
“bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini
walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan
rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan
kerana tidak ada yang lain.”
(2) GISLIN
Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di
neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari
darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang
berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
(3) DARIE’
Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang
berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6
dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya
di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah
sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok
lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt
namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya
lemah)
MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN
MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN
Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan
neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di
kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata:
“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”
KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN
Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar
kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang
mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan
mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka.
Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang
menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia
mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka
diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala
sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka.
Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.”
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang
disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih
yang lain.
RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani. penpatah
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani. penpatah
No comments:
Post a Comment