Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang
diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam
kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an
menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang
diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi
yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat
hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia
seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu
hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu
sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang
ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada
siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak
ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera
dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis
lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya
,”Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”,Ustaz menggeleng kepala
tanda dia tidak tahu.”Daging apa?” tanya ustaz kembali.”Saya beli daging
babi ustaz!,saya berdosa Ustaz”jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak
terkata. Masya Allah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan
saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan
lauk berbuka puasa ceritanya lagi.Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor
lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang
disangkakannya sup ekor.Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya
selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia
pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu
Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat
lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan
ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang
menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa
dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi
beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang
mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa
boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang
anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
Kredit : Nazran
ShareThis Copy and Paste