Satu
lagi kes kecuaian dan penderaan dilaporkan apabila seorang wanita yang
mengalami Sindrom Down ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil dalam
keadaan yang tidak berperikemanusiaan. Satu lagi kes selepas penemuan
adik firdaus minggu lalu.
Wanita yang dipercayai berusia 30-an itu diselamatkan oleh polis dan
Jabatan Kebajikan Daerah pada Khamis berikutan laporan orang awam.
Dipercayai mangsa dipaksa hidup di bilik kecil di sebuah rumah sejak 10
tahun lalu di Kampung Pasir Pekan Hulu .
Mangsa dikenali sebagai Nazitah diselamatkan dalam keadaan terbiar
dipenuhi dengan najis dan air kencing selepas pihak berkuasa terpaksa
memotong jeriji pintu masuk sebelum menjumpai bilik yang terselindung
itu.
Ketua Polis Daerah Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, polis sedang
mencari lelaki yang dipercayai abang mangsa untuk mendapatkan maklumat
mengenai perkara ini selepas jiran memaklumkan kepada polis dan jabatan
kebajikan pada pukul 3.30 petang.
"Apabila polis dan pegawai jabatan tiba di rumah itu, kami mendapati
wanita itu dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak bermaya.
"Keadaan bilik tersebut gelap dan hasil siasatan mendapati mangsa
bertahan untuk hidup dengan meminum air daripada sumber luaran," katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.
"Siasatan kami juga menunjukkan bahawa saudara mangsa tinggal
berhampiran," kata Supt Zaharudin. "Kami cuba untuk mengesan saudara
mangsa untuk mengetahui mengapa wanita itu dikurung.
"Menurut jiran, mangsa dikurung kerana tidak mahu dia berkeliaran.
"Tetapi bilik terlalu kecil dan mangsa telah dibiarkan untuk menyara
diri sendiri," kata beliau sambil menambah bahawa mangsa telah dihantar
ke hospital daerah untuk rawatan.
Seorang penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata dia sedih melihat wanita
itu dikurung seperti itu dan percaya bahawa mangsa telah dikunci untuk
kebaikan sendiri. Kes Nazitah ini ditemui seminggu selepas seorang
remaja orang kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah ditemui dalam keadaan
menyedihkan di sebuah rumah yang kotor.
Sumber : Mstar
No comments:
Post a Comment