Kedegilan berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar tingkatan
empat hancur 4 jari akibat mercun buatan sendiri. Mercun buatan sendiri
yang dihasilkan daripada belerang 10 biji mercun bola yang diisi di
dalam tiga botol kaca kanta sentuh, berakhirapabila hancur empat jari
tangan kanan dan cedera di belakang badan, kelmarin.
Mohd Azli Aidil Aziz, 16, melakukan ‘eksperimen’ itu secara
senyap-senyap kerana bimbang dimarahi ibu bapanya yang sering
menasihatinya supaya tidak bermain mercun.
Kejadian berlaku selepas anaknya cuba meletupkan satu daripada mercun itu tetapi meletup sebelum sempat dilempar.
“Saya tidak sedar bila anak buat uji kaji mercun itu tapi ada terdengar anak lain beritahu, Mohd Azli mengasingkan belerang mercun bola ke dalam tiga bekas.
“Saya tidak sedar bila anak buat uji kaji mercun itu tapi ada terdengar anak lain beritahu, Mohd Azli mengasingkan belerang mercun bola ke dalam tiga bekas.
“Dia tak berani tunjuk depan saya dan suami kerana kami berdua acap kali pesan kepadanya supaya jangan bermain mercun.
“Tidak sangka pula dia buat sendiri mercun sejak seminggu lalu tanpa
disedari saya dan suami,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment