Kelahiran pramatang seorang kanak-kanak perempuan daripada ibunya yang maut dalam serangan udara Israel dianggap satu keajaiban.
Ibu bayi berkenaan yang berusia 23 tahun maut dalam serangan udara
terhadap rumahnya di bandar Deir al-Balah, namun ajaibnya bayi dikandung
berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Dr Fadi Al-Khrote yang mengetuai pasukan pembedahan berkata, bayi
terbabit ‘ajaib’ kerana ibunya diisytiharkan mati secara klinikal selama
10 minit sebelum pembedahan diselesaikan. Lazimnya, bayi dijangka tidak
mampu hidup lebih daripada lima minit selepas ibunya meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment