Wednesday, 13 May 2015

Fadilat Dan Kelebihan Berpuasa Pada Bulan Ramadan


Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Ahad ini, bersamaan 29 Jun 2014, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebentar tadi.

Ibadah puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya.

Sementara puasa menurut pengertian syarak pula bermaksud menahan diri dari makan, minum dan melakukan persetubuhan dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah.

Seperti mana yang didalilkan banyak kelebihan dan fadilat yang diperoleh sekiranya kita mengerjakan rukun Islam ketiga yang telah diwajibkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Antaranya:

1. Abu Hurairah melaporkan Rasulullah menyatakan,



Maksudnya: Puasa adalah pelindung (daripada melakukan maksiat). Maka janganlah orang berpuasa itu berkata keji dan melakukan perkara bodoh. Apabila ada orang mengajaknya bertengkar ataupun mencelanya, hendaklah dia berkata, “Sesungguhnya saya berpuasa,” sebanyak dua kali. Demi zat yang diriku berada ditanganNya, bau tidak enak mulut orang berpuasa itu di sisi Allah lebih harum daripada bau kasturi.

[Allah berkata] (hadith Qudsi) Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan minum serta syahwatnya semata-mata kerana mengharapkan reda-Ku. Amalan puasa itu untuk Aku dan Aku pasti memberi ganjaran yang tidak terhitung. Setiap kebaikan akan mendapat balasan 10 kali ganda seumpamanya. (Direkodkan oleh Imam Bukhari)

2. Abu Hurairah berkata yang Rasulullah memberitahu perihal kenyataan daripada Allah (hadith Qudsi),

Maksudnya: Setiap amal anak Adam adalah untuk mereka kecuali puasa. Sesungguhnya amalan puasa itu untuk Aku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya.

Puasa adalah pelindung. Sekiranya ada satu hari salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah berkelahi pada hari itu. Sekiranya seseorang memaki hamun atau mengutuknya, maka sebaliknya dia mengatakan, “Saya berpuasa.” Demi zat yang diriku berada ditanganNya, bau tidak enak mulut orang berpuasa itu di sisi Allah lebih harum daripada bau kasturi.

Bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan sekaligus iaitu ketika mahu berbuka dan ketika mahu bertemu Tuhannya disebabkan puasanya itu.

Selamat berpuasa dan semoga amalan kita semua mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

sumber mynewshub.my
ShareThis Copy and Paste

No comments:

Post a Comment

Nuffnang