Mesti ramai yang nak tahu perkembangan adik Muhammad Firdaus 15, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban Sabtu
lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk
ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Jumaat ini atau Isnin depan.
Menurut
Metro hari ini, adik firdaus beransur pulih dan berat badannya mula
meningkat kepada 17.3kg dari 15kg ketika waktu dimasukkan baru baru ini.
Pihak HTJS
juga memberikan disiplin perubatan kepada remaja itu iaitu pemeriksaan
mata, telinga dan kulit selain makanan berprotein tinggi, karbohidrat
dan kalsium untuk kesihatan Muhammad Firdaus.
"Alhamdulillah,
selama 10 hari dirawat sehingga kini, adik Muhammad Firdaus sudah
begitu sihat dan akan diserahkan kepada JKM pada Jumaat ini atau Isnin
depan," katanya.
Datin Rosmah Mansor yang melawat remaja itu di HTJS, hari ini sebelum menghulurkan sumbangan RM1,000.
Sumber : Hmetro
No comments:
Post a Comment