Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang
lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar
benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos
Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti
sekarang.
Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam
perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.
Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat
ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus
berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat
bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus
membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan
hari esok.
Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil
melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami
terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan,
hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.
Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah
teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun
menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan
rasa syukur.
Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan
sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam
ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi
berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan
perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa
kurang dari 20 minit sahaja.
Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami
rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.
Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang
kami tahu. Terkumat kamit mulut kami.
Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.
Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami
cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.
Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus
membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya,
teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.
Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun
sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada
pemandunya.
Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila
mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar
sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya
saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba
memalingkan mukannya ke arah lain.
Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.
Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun
dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa
seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya
kembali.
Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami
melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.
Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia
terperanjat apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi,
tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya, Waktu itu saya
melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.
Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.
No comments:
Post a Comment