Saya ada pengalaman yang hendak diceritakan kepada korang semua. Tujuan
saya cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan dan mengaibkan
sesiapa.Pengalaman yang ingin ceritakan ini berlaku pada beberapa kawan
saya.
Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya
serta kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah pada zaman itu kami
dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan Oktober pada tahun itu, saya
dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang
kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung.
Bila dapat berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain
berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan
tanda-tanda dia sakit. Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta
menyembahyangkan jenazah arwah, saya serta kawan-kawan yang ada turut
sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang
kawan saya yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada
nampak telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak,
mungkin dia tertinggal di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya
mampu pakai telefon bimbit Nokia 3310 sahaja. Untuk memujuk kawan saya
pada masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia
tidak membawa telefon bimbitnya.
Kawan saya cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia runsingkan
adalah “SIM Card” di dalamnya. Sebab nombor saya serta kawan-kawan yang
lain ada tersimpan di dalamnya. Dipendekkan cerita, setelah tujuh hari
arwah kawan saya meninggal, salah seorang kawan saya yang bernama Mat
telah mendapat panggilan telefon dari nombor Din yang telah hilang
tempohari. Mat mengatakan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon
itu, Mat telah terdengar suara yang berada di talian adalah suara arwah
kawan saya yang meninggal dunia hari itu.
Telefon bimbit kawan saya telah terjatuh semasa menguruskan jenazah
arwah. Bukan Mat sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi
kawan saya juga telah mendapat panggilan telefon itu. Arwah mengatakan
dia akan menunggu kami datang di tempat yang biasa kami berjumpa setiap
kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut
kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu.
Sebulan selepas itu tiada lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin
disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan
ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Cerita ini telah dikongsi kan oleh seseorang yang tidak mahu namanya
dinyatakan di sini supaya tidak mengaibkan sesiapa.. Dah lama berada
dalam draft blog aku.. So hari ni aku kongsikan dengan peminat cerita
seram semua.
No comments:
Post a Comment