Kisah seram misteri wad bersalin ini melibatkan diri jururawat dan seorang perempuan mengandung yang mati ketika melahirkan anak. Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin aku harapkan korang baca pada siang hari.
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Pengenalan
Assalamualaikum. Ini lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin.
Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang
lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan
terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.
Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas
2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin
check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya
tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak
pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat
kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis
report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia
berborak dengan kami semua.
Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu
akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam
adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check
dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia
makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap
memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak
sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..
Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check
baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour
room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga
hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik
petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti
dia masuk shift malam…
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu
sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya
tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni.
Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya
tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya
pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja
tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang
kan mengantuk kami baca buku atau berborak.
Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu
muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak
ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??”
Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit.
Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak
berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya
lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu..
Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari
tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia
geleng kepala je…
Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi
minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu
tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya
dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain
sangat.
Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya..
Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu
jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan
saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu
bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah
berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang
koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..
Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil
dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan
akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia..
Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4
orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya..
Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab
bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut
kenapa semua bayi ni menangis serentak.
Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik
rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya
cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak
aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok
mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap
sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya
cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia
lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus
istighfar banyak²..
Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul,
habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati
saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi
batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman
saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Kesimpulan
Macam mana kisah seram wad bersalin yang penuh misteri ni?? Korang boleh faham ke tak cara dia nak menyampaikan cerita seram ni??
Aku harap korang dapat la apa yang cuba dia sampaikan ye.
Kesimpulannya, jangan ingat kalau kita jumpa seseorang tu dia adalah
manusia. Kita tak tahu sama ada dia manusia ataupun jelmaan semata-mata.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment