Subhaanallah, keajaiban air mata manusia
Air
Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi
siapa bilang orang yang menangis terus air matanya kering? justeru orang
yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang
ditimbulkan air matanya.
Siapa
kata menangis tak ada gunanya? Kelamaan menangis memang membuatkan mata
merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air
mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan
fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? dapati fungsi air mata dan
kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.
1. Membantu penglihatan
Air
mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu
sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada
mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak
perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai
antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan
lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus baktiria-baktiria yang
tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan
tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang
yang menangis bleh menurunkan tingkat emosii kerana dengan menangis,
mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari
menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang
berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata
yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang
ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air
mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana
emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air
mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam
tubuh dan mengeluarkan dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana
menangis boleh mengurangi stress? Air mata juga mengeluarkan hormon
stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan
prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu
melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan
darah tinggi.
6. Membina komuniti
Selain
baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk
bangun pada azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan
masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang memberikan
bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih
tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua
orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam
masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan
lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan
menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan
lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam
kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.
No comments:
Post a Comment