Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru
agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat di hadapan Sekolah
Rendah Agama Kuala Kubu Baharu, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, pisau
berkenaan yang menjadi bukti kukuh dalam kes itu dijumpai di dalam
Sungai Tua, Ulu Yam dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
“Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) Hulu Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor
selain bantuan Orang Asli,” katanya.
Beliau berkata dengan penemuan bahan bukti itu, pihaknya yakin kes tersebut telah selesai.
Dalam kejadian Rabu lepas, Nur Salina Nazir, 34, yang menjalankan
perniagaan dalam talian dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan
Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu.
Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di
bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di
dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri.
Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama berusia 29 tahun
di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu
Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa sering
mendesak untuk berkahwin dengannya.
ShareThis Copy and Paste
No comments:
Post a Comment