Salah
satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis Giant
Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya dianggarkan
antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman",
dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi, tapi juga
merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya.
Pada
tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter padu. Pohon
Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California,
dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara
Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.
James
Wolverton seorang Leftenan pada pasukan askar berkuda Indiana ke-9 di
bawah pimpinan Sherman menamakan pokok ini dengan nama ketuanya pada
tahun 1879. Pohon ini sebenarnya sudah dianugerahi gelaran sebagai yang
terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya.
Diukur
dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap
tahun. Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, 18 meter di
atas tanah adalah 5,3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4,3
meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.
Yang
menarik, dahan terbesarnya patah pada tahun 2006. Bentuknya seperti
huruf "L" menghunjam kira-kira satu perempat ketinggian pokok. Dahan ini
mempunyai diameter 2 meter dengan panjang 30 meter dan menghancurkan
pagar yang di bina di sekelilingnya. Pokok ini masih menjadi makhluk
hidup terbesar di muka bumi yang masih hidup.
ShareThis Copy and Paste